Sabar


 

Assalalamualaikum semua , apa khabar readers and bloggers ? okayh , saadah kepenatan tadi sebab pergi sekolah . Ada aktiviti koko dekat sekolah , sedihnyee sebab tak ramai yang datang , sungguh ! sedih sangat . btw , bangga dengan mereka-2 yang sanggup korbankan masa tidur diorang untuk datang sekolah :)

okay , hari ini saadah nak update sikit pasal SABAR . yeah ! sifat sabar tu hanya ada pada insan yang terpilih . tetapi sabar ni sebenarnya ada tahap dia tau . ada sesetengah orang tu dia tak dapat kawal marah dia , jadi dia terus melenting tanpa ada sifat SABAR . ada pula sesetengah orang tu yang boleh kawal marah dia dengan sifat SABAR tapi melempiaskan marah tu pada benda lain , contohnya : ketuk pintu , n etc . dan sabar yang paling baik ialah bila kita rasa marah , kita pergi ambil wudhu dan berdoa kepada Allah . tulah gunanya kita beribadah .

marah ni sebenarnya datang dari SYAITAN . SYAITAN pula dibuat dari api , jadi cara untuk memadamkan api adalah dengan AIR . kita pun boleh kawal marah kita dengan berzikir , mengingati Allah . Itu pun baik untuk diri kita . kawallah marah kita dengan akal fikiran . bukan dengan emosi dan keegoan .

ustazah saadah pernah cakap , seorang MUSLIM yang baik itu menyelasaikan masalah dengan akal fikiran , bukan dengan cara menangis , meratap dan sebagainya . untuk perempuan yang patah hati , apa kata korang cuba luahkan perasaan kepada Allah , jangan luahkan pada kwan-2 . lebih baik luahkan kepada Allah sebab ALLAH MAHA MENDENGAR . ok ? bagus :)

Rasulullah sendiri ada sufat SABAR , kalau bloggers n readers pernah dengar cerita yang mana Rasulullah pernah dibaling dengan najis , dicaci maki , disuruh menghentikan dakwahnya tetapi Rasulullah tetap SABAR dan TABAH menghadapi semua tu . Rasulullah tak pernah marah dekat orang yang caci maki Baginda . Contohilah sifat Rasulullah yang mempunyai sifat Kesabaran yang tinggi , hidupkan semula sunnah Rasulullah . 

itu saja pengisian untuk kali ini , insyaAllah panjang umur bolehlah saadah update something yang bermanfaat untuk korang . insyaAllah tuntutlah ilmu hingga ke negara China . semoga semuanya mendapat manfaat atas sedikit pengisian yang tak seberapa ni :)



mulakan sesuatu pekerjaan dengan niat , insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar kerana , kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-Nya . semoga kita beroleh kebahagiaan dalam hidup kita :)

1 comment:

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik..sifat sabar adalah sifat yang mulia..