HOMEWORK !!


hai , assalamualaikum semua . alhamdulillah diberikan peluang lagi untuk hidup di atas muka bumi Allah , dapat merasakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah . semuanya indah belaka , fuhhh ! penat hari ini , semalam dan kelmarin tak hilang2 . kerja sekolah yang cikgu bagi bertimbun , itu pun yang siap sikit je . boleh kira dengan jari , now pecah kepala nak siapkan essay english , ohh cikgu . penatnyeee saya , kenapa banyak sangat kerja sekolah ? lagi satu , bahasa arab pun tak siap lagi !! sungguh memeningkan , tapi Alhamdulillah setakat ni pembelajaran berjalan dengan lancar . terima kasih ya Allah kerana engkau memudahkan segalanya .

ye lah , kita kan nak berjaya . jadi kita kena berusaha , jangan cepat mengeluh dan berputus asa , Allah tak suka dengan orang yang cepat putus asa ni . jadi , marilah kita terapkan nilai "berusaha" dalam diri kita supaya kita tak kekok menghadapi ujian dan pelbagai dugaan .

lagi satu , saadah sekarang sedang berusaha mencari2 maklumat tentang forum . sesiapa yang pernah masuk forum , bagi lah tips2 dekat saadah ye . share lah sikit , saadah nak menang ni peringkat sekolah je . tajuk forum ialah "fesyen menurut islam harus atau sebaliknya ?" . ha , amacam ? hebat tak tajuk ? mencabar kan ? sangat mencabar , saadah dah cari beberapa info dan sekarang ingin meminta beberapa pendapat dari kawan2 yang tau mengenai hukum hakam ni .

to all bloggers n readers , doakan saadah berjaya ye . dalam pelajaran , pertandingan duni akhirat lah ye . insyaAllah saadah doakan korg jugak . that's all for today :) Assalamualaikum , jumpa lagi kalau panjang umur .


setiap kali kita diuji dan diduga , bersabarlah kerana setiapa ujian yang Allah beri itu ada hikmahnya . Allah ingin menguji keimanan kita sebagai hamba-NYA , kita haruslah bersabar dan bersyukur atas segala nikmat-Nya .

No comments: