Result SMA

hai , assalamualaikum . alhamdulillah tadi baru selesai meng"update" satu-satunya blog kesayangan saadah . sebenarnya dah tak tau nak buat apa , itu yang kerjanya menaippppp sepanjang masa . padahal kerja sekolah berlambak lagi yang belum siap *xdelah byk sangat* .

ok , sebenarnya saadah update lg skali ni nak share result SMA saadah kt korg . sedih sgt2 sebab apa yang diimpikan tak menjadi kenyataan . tapi Alhamdulillah , keputusan meningkat sedikit berbanding result percubaan saadah haritu .

saadah dapat Jayyid Jiddan , tapi tak maulah share brpe peratus . haha *kedekut* , tapi Alhamdulillah , usaha saadah selama ni berbaloi . walaupun tak dapat MUMTAZ , tapi saadah gembira bila ayah dan ibu boleh terima keputusan saadah dengan redha . 

saadah sedar semua tu silap saadah , tapi ayah dan ibu tetap bersyukur dengan result yang saadah dapat . Apa-apa pun saadah nak minta maaf dkt ayah dan ibu sbb tak mampu nak dapat MUMTAZ untuk SMA kali ni . tapi saadah cuba untuk dapat straight A dlm SPM nnti :)

btw , tahniah pd kawan2 saadah yang dapat MUMTAZ dan jayyid jiddan tu . bg yang tidak berjaya jangan bersedih kerana Allah sedang menguji kita sekarang . Apa yang kita mampu buat ialah berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik di masa hadapan . InsyaAllah , itu je untuk post kali ni . Sekian :D

kesedihan itu mampu diubati dengan Ibadah ,
sentiasalah berIbadah kepada Allah ,
kerana dengan itu kita akan merasakan dekatnya
diri kita dengan Allah .

No comments: