Kerja



assalamualaikum :) hai bloggers n readers , lamanya tak update blog . sekian lama lupa pula dengan blog . lagipun duduk rumah cuti ni macam tak tahu nak buat apa , bosan plak tu . duk umah kerjanya jaga anak buah ku yang chumelll . Alhamdulillah , anak buah dah 4 bulan . sekejap je besar , insyaAllah tahun depan dapat kakak ipar baru . 

ok , then tengok tajuk kat atas . kerja ? kerja apa ? saadah hari khamis ni nak join catering dekat masjid negeri shah alam . serve makan untuk 300 orang , lama dah tak ikut catering ni , tahun depan dah form 5 tak boleh nak ikut catering selalu kan ? periksa je banyak , kerja kursus tak terurus lagi , huh !

hidup jangan mengeluh , takut nanti ALLAH tarik balik semua rezeki yang dah diberi . hmm , sekarang ni duduk rumah makan tidur je lah kejenye , jaga anak buah selasa sampai khamis je , tak hari-hari . 

btw , akhir-akhir ni rasa macam penat n pening sangat . tak tahu kenapa , ok lahhh . sampai sini saja update untuk hari ni , the other days saadah update lagi ye :)

mutiara kata : senyumlah walau pelbagai dugaan yang datang menimpa , sesungguhnya Allah sedang menguji keimanan kita samaada kita bersyukur atau tidak dengan setiap pemberiannya .

Cerpen : The King of Buli

update terbaru , cerpen kanak2 :) enjoy it here !!!

Zafirah bingkas bangun dari katilnya . Dia segera menuju ke bilik air untuk mandi dan solat subuh , dia harus segera bersiap untuk ke sekolah hari itu . Dia sudahpun bersedia dengan apa jua cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh hari itu . Kerana dia adalah salah seorang “mangsa buli” .
Dia ke sekolah menaiki kenderaan pacuan empat roda ayahnya . Sampai saja di sekolah , perutnya memulas-mulas . Apa yang aku makan sampai sakit perut ni ? Desis hati Zafirah . Selesai membuang hajat , Zafirah ke kelas semula untuk memulakan sesi pembelajaran .
Kali ini , sudah tiga kali dia ke tandas . Zulaikha , rakan baik Zafirah bertanyakan kesihatannya .
“Awak ok ke tidak ni Zafirah ? Kalau awak tidak sihat , saya hantar awak ke bilik kesihatan sekolah saja la” Zulaikha seorang rakan yang sangat prihatin .
“Tak mengapa , saya sihat . Sekejap , saya nak masuk semula ke tandas . Awak ke kantin dulu lah ye . Saya tak tahan ni , awak tunggu saya di kantin saja .” Zafirah terus meluru masuk ke tandas .
Hisyam dari jauh sudah mula memikirkan pelbagai idea untuk mengenakan Zafirah a.k.a Zirafah . Terasa seperti keluar mentol di kepalanya , terus dia berlari bersama ahli-ahlinya untuk mencari baldi . Selepas itu , dia memasang perangkap dengan meletakkan baldi di pintu tandas . Usai itu , mereka terus keluar menuju ke kantin untuk menjamah makanan dengan perasaan gembira …
Kringgg !!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat , Zulaikha berlari ke tandas semula untuk mencari Zafirah .
“Ya Allah , Zafirah !! Awak ok tak ni ? Mari saya tolong awak bangun , macam mana boleh jadi begini ? Siapa yang buat awak sampai macam ni ?” pelbagai soalan diajukan dari Zulaikha kepada Zafirah .
“Saya terjatuh sebab ada baldi di pintu tandas , saya tak perasan dan baldi tersebut terjatuh . Maaf buat awak tertunggu-tunggu .” riak wajah Zafirah seakan ingin menangis . Bagaimana dia ingin ke kelas dengan baju yang basah lencun ni ? Dia keluar ke tandas sambil dipimpin oleh Zulaikha . Mata pelajar yang lalu-lalang di situ tertumpu pada Zafirah , Mereka galak mengusik Zafirah . Ada yang mengatakan Zafirah mandi dan sebagainya .
Di satu sudut , Hisyam dan rakan-rakannya berpuas hati dengan rancangan mereka . Terasa bahagia hati mereka . Padan muka kau Zafirah , lain kali jangan beritahu cikgu yang kami suka ponteng di pusat sumber . Tahulah yang engkau tu Penolong Pusat Sumber , seronok aku kerjakan kau . Hahaha


Sudah 2 hari Zafirah tidak ke sekolah , dia mengalami demam panas . Kata doktor kemungkinan Zafirah trauma dibuli seteruk itu . Doktor memberi cuti kepada Zafirah sehingga hari Jumaat . Aiman dan Zulaikha , teman rapat Zafirah menziarahi Zafirah di rumahnya .
“Assalamualaikum , Zafirah . Macam mana ? Awak dah sihat ?” Tanya Aiman kepada Zafirah .
“Waalaikumsalam , Alhamdulillah dah sihat sikit . Kau orang jangan risaulah dengan saya , ibu saya sudah menjaga saya dengan rapi . Kalau saya dah sihat saya akan ke sekolah semula .” Zafirah menjawab dengan nafas yang tersekat-sekat .
“Kesian awak Zafirah , sampai hati Hisyam dan kawan-kawan dia buat awak macam ni .” Zulaikha bersimpati dengan keadaan temannya .
“Tidak mengapa , saya ok saja . Aiman , Ika terima kasih sebab sudi melawat saya di rumah . Kesian awak penat-penat balik sekolah terus melawat saya .” Zafirah terharu dengan kedatangan sahabat karibnya .
“Kami tahu badan kami berbau peluh , maaf .” gelak tawa mereka menggegarkan ruang kamar Zafirah .
“Kami pulang dulu lah Zafirah , esok kami datang lagi .” Zulaikha meminta diri untuk pulang , begitu juga Aiman .
“Terima kasih .” kepulangan mereka disambut dengan senyuman Zafirah .
…..
1 minggu berlalu
Zafirah ke sekolah seperti biasa , sebaik saja kakinya melangkah ke dalam kelas … Tiba-tiba dia tersungkur di depan pintu kelas , semua yang ada di dalam kelas mentertawakannya . Mujur ada Zulaikha yang menolongnya .
“Kau orang tidak baik mentertawakan Irah , suatu hari nanti kalau kau orang berada di tempat Irah , kau orang akan rasa apa yang dia rasa .” Amarah Zulaikha memuncak , ini pasti angkara the king of buli . Kau akan terima balasan suatu hari nanti Hisyam . Desis hati Zulaikha .
Zulaikha memapah Zafirah ke kerusinya . Pagi itu mereka belajar seperti biasa , walaupun bukan Ika yang terjatuh , tetapi Ika tetap bersimpati atas apa yang menimpa diri Irah . Kalau ada Aiman , hero malayanya pasti mereka yang mentertawakan Irah akan meminta maaf semula .
Waktu rehat bermula , seperti biasa Zafirah dan Zulaikha akan ke kantin untuk makan bersama . Di suatu sudut , Hisyam dan rakan-rakannya masih merancang niat jahat untuk mengenakan Zafirah dan Zulaikha .
…..
Hisyam dan rakan-rakannya merancang untuk membaling tepung ke arah Zafirah apabila Zafirah masuk ke kelas nanti . Hisyam dan rakan-rakannya yang lain bersedia di pintu kelas dengan satu paket tepung .
Kringggg !!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat , rakan Hisyam Zul memberi arahan yang Zafirah dan Zulaikha akan masuk tidak lama lagi . Tiba-tiba , mereka terbaling tepung ke arah seseorang yang sangat menggerunkan ! Bila mereka amati , ya ! Itu adalah guru disiplin sekolahnya , Cikgu Muzakir . Oh tidak ! Macam mana dia boleh tersilap langkah ? Habislah aku kali ini , desis hati Hisyam .
“Hisyam , awak ikut saya ke bilik disiplin . Sekarang !!” Cikgu Muzakir berteriak , membuatkan pelajar yang lalu lalang di situ , berlari masuk ke kelas masing-masing . Ada beberapa murid yang mentertawakan mereka . Padan muka kau Hisyam , desis hati Zulaikha .
…..
“Apa yang awak cuba buat tadi Hisyam ? Awak sudah tiada kerja lain ke mahu mengacau dan membuli orang ? Saya sudah terima banyak aduan tentang awak . Ramai yang mengatakan awak sering membuli pelajar baru dan juga pelajar perempuan . Semua yang awak buat tu mendatangkan manfaat ke ?” Cikgu Muzakir tegas memarahi Hisyam . Rakan-rakannya yang lain dilepaskan .
“Maafkan saya cikgu , saya janji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi .” Hisyam meminta maaf pada Cikgu Muzakir .
“Awak nak minta maaf pada saya buat apa ? Awak tak buat salah pada saya , nasib baik saya menyedari apa yang awak buat , kalau tidak sampai habis sekolah awak masih berperangai seperti ini . Saya akan laporkan awak pada ibu bapa awak .” Cikgu Muzakir segera menyemak fail murid untuk mengambil nombor telefon ibu bapa Hisyam .
“Janganlah cikgu , saya janji saya akan tebus kesalahan saya cikgu . Saya tak nak susahkan ayah dan ibu saya . Tolong cikgu .” Hisyam merayu meminta supaya tidak diberitahu kepada kedua ibu bapanya .
“Baru sekarang awak nak menangis ? Saya boleh lepaskan awak , tapi dengan beberapa syarat . Pertama , awak perlu meminta maaf kepada semua pelajar dan berucap di tapak perhimpunan . Kedua , awak perlu membersihkan tandas selama seminggu . Itu sahaja , awak mahu ?” Cikgu Muzakir  menerangkan syarat-syaratnya .
“Hmm , baiklah cikgu . Saya buat apa yang cikgu mahukan . Terima kasih cikgu .” Hisyam terus keluar dari bilik disiplin setelah diberi arahan oleh Cikgu Muzakir . Nasibnya hari itu menyebelahinya , nasib baik Cikgu Muzakir tidak mengambil tindakan yang berat .
…..
"Ish,geramnya aku!Kalau tak kerana Si Zirafah itu,pasti aku tidak kena denda.",rungut Hisyam semasa membersihkan tandas.Sedang membersihkan singki tandas,keluarlah satu idea yang nakal daripada otak Hisyam.
"Mungkin aku boleh kurung Si Zirafah itu di dalam tandas.Biar padan muka dia.",bisik hati Hisyam.
Setelah membersihkan tandas itu pada tahap ala kadar,Hisyam segera mencuci tangan dengan pencuci tangan mahal yang dibawanya sendiri.Setelah itu,dia pergi bertemu rakan-rakannya dan membentangkan idea untuk membuli Zafirah.Ketika mereka semua bersetuju dan sedang berjalan ke garaj basikal yang disediakan oleh pihak sekolah,Hisyam terkejut apabila mendapati bahawa tayar basikalnya sudah pancit!Terpaksalah dia pulang ke rumah sambil menuntun basikalnya.
Hari ini merupakan hari terakhir Hisyam perlu membersihkan tandas.Hari ini juga dia telah pun memasang perangkap untuk Zafirah.Disebabkan hari ini Zafirah membawa bekalan ke sekolah,dia sudah mengupah salah seorang teman sekelas Zafirah dan menyuruhnya meletakkan sos tobasco yang pedas dan akan menyebabkan Zafirah sakit perut.Pintu tandas perempuan juga telah disabotaj dan akan dilengkapkan apabila hanya Zafirah yang berada di dalam tandas.Hanya menunggu saat dan waktu .
Waktu rehat bermula , saat Zafirah dan Zulaikha mengambil tempat duduk di kantin , Aiman sahabatnya berlari kea rah mereka sambil termengah-mengah .
“Irah , jangan makan bekal yang kau bawa tu . Tadi aku Nampak ada orang campurkan sos Tobasco dalam makanan kau . Nanti kau sakit perut , seeloknya kau jangan makan .” Aiman menjelaskan satu persatu . Nasibnya baik hari itu kerana Aiman lebih awal meyedari akan ada orang yang mengenakan Zafirah . Tiba-tiba Hisyam dan rakan-rakannya mendekati Zafirah dan rakannya .
“Eh , Aiman . Kau memang suka ganggu misi aku kan ? Kau memang penyibuk antarabangsa betul lah .” Hisyam memarahi Aiman kerana mengagalkan misinya untuk mengenakan Aiman .
“Misi ? Misi membuli ? Membuli itu kau panggil misi ? Sampai bila kau nak membuli Hisyam ? Aman kah hidup kau kalau suka menganggu ketenteraman orang ? Kau tahu tak ? suatu hari nanti perbuatan kau akan dibalas semula oleh Allah AzzaWajalla .” Aiman memberikan nasihat dan menerapkan sedikit unsur Islam .
“Oh , kau nasihatkan aku ya ? Tidak mengapa Aiman , kau akan aku ajar ! Kau orang , apa tunggu lagi , belasah si Aiman ni !” Hisyam berteriak membuatkan rakan-rakannya segera menyerbu Aiman dan memukul Aiman , tetapi perkara yang tidak disangka-sangka Aiman mampu melawan mereka semula .
“Hisyam ! Aiman ! Ikut saya ke bilik disiplin . Sekarang !!!!” Cikgu Muzakir datang tanpa dijemput , apa lagi dugaan untuknya ? Dia siap sedia untuk terima . Nasib kau Hisyam , kau yang salah .
…..
Di bilik disiplin …
“Kenapa kamu berdua ni ? Hendak jadi hero di sekolah ini ? Kamu , Hisyam ! Tidak serik kena denda ke ? Atau awak betul mahu saya telefon ibubapa awak untuk datang ke sini ? Awak makin dibiarkan makin menjadi-jadi .” kesabaran Cikgu Muzakir semakin memuncak .
“Maafkan saya cikgu , tadi semasa saya di dalam kelas saya ternampak Hisyam cuba untuk menganiaya Zafirah , jadi saya menyelamatkan Zafirah . Tiba-tiba Hisyam dan rakan-rakannya datang dan menyerang saya . Saya lawan semula , sebab saya tidak mahu dianggap lemah .” Aiman cuba menerangkan situasi sebenar .
“Aiman , sepatutnya awak beritahu saya dahulu . Saya boleh memerangkap Hisyam dengan cara yang lain . Saya harap selepas ini awak akan bekerjasama dengan guru sekiranya awak tahu mengenai kes buli di sekolah .” Cikgu Muzakir menasihati Aiman untuk tidak bertindak sendiri , Aiman hanya mengangguk tanda faham .
“Hisyam , awak saya gantung sekolah selama seminggu . Saya harap awak akan dapat pengajaran atas semua yang telah terjadi . Awak tidak belajar mengenal agama ke ? Awak tidak tahu bahawa dalam Islam itu tiada istilah dendam dan benci membenci . Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah membenci orang-orang yang sentiasa mencaci – maki Baginda . Malah Baginda tetap sabar , dan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati orang tersebut . Saya nak awak cuba untuk belajar mengenal Rasulullah , maka awak akan sentiasa mengingati Baginda . Faham !” Cikgu Muzakir menasihati Hisyam , jatuh airmata keinsafan di kelopak mata Hisyam , Aiman yang berada di sisi Hisyam menepuk-nepuk bahunya .
“Saya minta maaf cikgu , saya berjanji tidak akan mengulangi lagi semua ini .” Hisyam menzahirkan apa yang terbuku di hatinya .
“Eloklah kalau awak balik , tenangkan diri . Solat taubat itu penting ! Berdoa memohon maaf pada Allah , pasti doa itu akan didengari-Nya . Allah sentiasa memaafkan hamba-Nya .” terang Cikgu Muzakir lagi .
“Terima kasih cikgu atas segalanya , terima kasih kerana menyedari saya akan perbuatan saya ini . InsyaAllah , saya cuba untuk berubah .” Hisyam dan Aiman berpelukan , pelukan seorang sahabat itu sangat menenangkan .
…..
5 bulan kemudian …
Hisyam dan Aiman kini bersahabat , mereka umpama belangkas . Tidak boleh dipisahkan . Mereka akan belajar bersama-sama , Zulaikha dan Zafirah juga kini sudah berbaik dan dapat menerima Hisyam dan memaafkan kesalahan Hisyam . Sunggu dalam kata-kata Cikgu Muzakir dan mampu meluluhkan hati “The King of Buli” . 
Saat Irah , Ika , Aiman dan Hisyam membuat perbincangan pembelajaran , tiba-tiba Hisyam menjerit .
“Katak ! Katak ! Ya Allah , gelinya aku . Aiman , tolong buang katak itu jauh-jauh . Aku tak boleh tengok katak .” Hisyam menjerit merayu meminta tolong dengan Aiman .
“Ini ke raja buli yang aku kenal tu ? Takut katak ?” Aiman mengejek-ejek Hisyam . Apalagi , ketawa terbahak-bahaklah Zulaikha dan Zafirah .

Cuti Sekolah :)




hai korang :) Assalamualaikum :) apa khabar ? for the long time saadah tak update blog ni . berhabuk tp tak byk sgt . Alhamdulillah , saadah baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SMA  . semua berjalan dengan lancar , usaha doa dan ikhtiar telah pun dilakukan , sekarang hanya tawakkal . insyaAllah , semoga saadah mendapat keputusan yang cemerlang , Amiin . 

ok now , straight to the point . now , cuti sekolah dah bermula . bermulalah tugas saadah untuk tolong ibu kat rumah , jangan asyik lappy je 24 jam . haha , kempunan dh lama tk online gamaknye . kat rumah pun tkde buat apa apa . tapi saadah ada buat kerja smbilan skrg , join kwn untuk katering . dekat area selangor je , tk boleh jauh2 . haha . 

okay , tak lama lagi saadah akan buat giveaway dengan partner saadah . 19 November 2013 ni , tapi skrg masih dlm mncri sponser . sesiapa yg berminat boleh pm saadah dkt facebook comel saadah . lebih krg dlm 3 org lagi , hanya memerlukan sponser edit blog , topup dn brgn pos . 

lagipun skrg ni pun tgh hangat GA , segmen dan contest yg sedang berjalan . Alhamdulillah , blogger makin lama kian bersaing antara satu sama lain . insyaAllah ada masa saadah join lah GA , atau contest n segmen korg tu . korg ltk aje link kt komen , nnti saadah join contest tu insyaAllah :)

lagipun skrg tgh xde keje nak buat kan ? so , update blog je lah . jd babysitter kejap , menjaga anak buah kesayangan Muhammad Irsyad Fitrie , dah 3 bulan dah . harap2 irsyad nnti dh besar jd ank yg soleh ye :) ok lah blogger n reader semua , sampai sini je warkah*eh? saya untuk ari ni . jumpe lagi nanti , bye . Assalamualaikum :)

Aku Berubah Atau Engkau ?


assalamualaikum , hai . mulakan update blog ni dengan bismillah . sebelum tu nak minta maaf dekat semua kalau ada salah dan silap , kerana aku hanyalah insan biasa . andai aku tersalah maafkanlah , kerana aku bukan Malaikat . jika aku terusik atau tersalah cakap , nasihatilah aku kerana aku bukan Nabi .

tiada yang sempurna di dunia ini melainkan NABI . tapi kenapa setiap kesalahanku selalu saja engkau ejek , caci dan maki ? tidak pernah engkau mahu nasihat ? sungguh aku pelik . aku tau aku bukan sahabat yang baik untukmu , tapi aku mohon supaya engkau dapat menegur atas setiap kesalahanku bukannya mencaci maki diriku .

mugkin kau lupa kita pernah menjadi sahabat , tapi aku tidak akan pernah lupa . setiap memori kita masih aku simpan di kotak fikiran ini . sejak aku mendapat _____________ kau sudah lain , atau mungkin aku yang lain ? atau aku hanya berperasaan negatif terhadap engkau teman ? sungguh aku benci bermain dengan perasaanmu .

andai kau baca nota ini , aku berharap engkau takkan berubah seperti dulu . jadilah dirimu dan jangan engkau berubah tanpa alasan . mungkin kau perlu masa MRS ________ tapi aku tetap berharap kau masih yang dulu . mungkin kau sendiri tak perasan dengan perubahan kau . tapi aku sangat berharap supaya engkau dapat menerima aku seadanya sebagai kawanmu ...

terimalah , nukilan ku ini ...

teman ,
terima kasih kerana DULU engkau sudi bersamaku ,
terima kasih kerana DULU engkau sudi menemaniku ,
waktu senang mahupun aku sedih ,
terima kasih atas segalanya .

kepada temanku , HAWA ...
terima kasih juga kerana sering memberi kata-kata semangat buatku ,
terima kasih kerana selalu menasihatiku ,
terima kasih kerana menjadikan aku insan yang sentiasa
berfikiran POSITIF ,
terima kasih .

sahabat ,
aku berharap engkau adalah engkau yang DULU ,
aku mahu engkau jadi yang sebenar ,
aku tidak mahu engkau yang sekarang !

mungkin aku hanyalah tempat pakai dan buangmu saja ,
tapi aku takkan pernah menganggapmu sebagai teman
PAKAI BUANGKU .

tolonglah ,
jadi diri awak sendiri ,
jangan jadi orang lain ,
saya cakap macam ni supaya awak mampu
untuk muhasabah diri awak .
terima kasih sekali lagi kerana mampu
menjadi kawan yang baik buat aku .

terima kasih :')
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh xD

Random Entry


hai , holla . assalamualaikum semua , lamanya tak hapdate blog . sekarang tengah bosan n time cuti kan ? cuti raya aidiladha , before that . saadah nk story kat sini saadah dh lama tk hapdate blog sebab saadah tengah exam , sekrang mood cuti tapi belum habis exam . tinggal lagi 4 paper je , sepatotnye 3 paper , tapi ada one day saadah tak sihat so kena repeat paper lah ..

korang semua sekarang tengah mood exam kan ? yang akk n abang kat U pon tengah exam right ? buktinya kakak saadah tengah prepare nak exam tak silap lepas raya haji ni . goodLUCK kak khalidah . n kepada adik2 yang dah selesai paper PMR tu saadah nak ucapkan TAHNIAH sebab dah berjaya mengharungi paper2 tu . Alhamdulillah , semoga korang batch akhir PMR boleh dapat result yang TERBAIK (Y)

ok , saadah nak cakap hati-hati kat korg2 yang balik kampung tu . bawa kenderaan elok2 , patuhi peraturan jalan raya . bak kata blogger apit "Syukur MALAYSIA aman" hahaha . tak tahu nak cerita apa sebab now on tengah bosan sangat .... tak ada kawan nak chat , apa aktiviti korg sekarang ni ? maybe memasak kot petang2 ni ...

act , sebenarnye saadah rindukan abg fik . abg saadah , dah lama tak balik rumah sebab kerja kat JB . kenapa la jauh sangat ? :'(  saadah rindukan abg fik , hope cepat balik . adik2 yang lain pon rindu gak kat abg fik . kalau nak balik tu hati2 ye :) semoga cepat sampai ..

saadah ingat nak post satu entry untuk kawan saadah . tapi maybe malam raya haji nanti kot . biar feeling sikit nak baca , ye lah org sedih tungguu kepulanngan ahli keluarga mereka . hahaha , cite betul n saadah rasa saadah patut cerita pada korang untuk dijadikan pengajaran . semoga kawan saadah tak terasa , hahahaha ...

ok lah blogger semua , nanti apa2 saadah hapdate banyak2 kayh . bye , Assalamualaikum :)

Aku Hamba Allah yang Dhoif !


hai , Assalamualaikum :) holla , lama dah tak berblogger . bosan betul , Alhamdulillah , saadah baru lepas TRIAL SMA , tak tahu lah macam mana keputusannya nanti . betul saadah cakap , stress sangat sekarang sbb , banyak paper yang tak boleh jawab . ingatkan senang tapi ....... saadah ada somethinx *hadiah* untuk kawan2 kelas saadah , kepada kawan2 4 Darussalam . baca bawah ni :

MENIRU ?

kawan ,
saadah bukanlah seorang yang sempurna ,
tapi saadah seorang hamba Allah yang dhoif ,
tapi ...
apa salahnya kalau saadah cuba untuk nasihatkan korang kan ?

benda ni ,
mungkin korang rasa benda kecik ,
bila saadah cakap"dah lah meniru" ,
then korg plak cakap "normal lah tu" ,
kawan ....
mungkin tu perkara yang "biasa" untuk awak ,
tapi bukan perkara biasa bagi saya .

bukankah awak tahu ,
meniru tu dah termasuk dosa kecil ,
ustazah kata , kalau kita meniru ,
kita ni dalam golongan orang ISLAM yang FASIK .

tau apa itu FASIK ?
orang islam yang selalu buat salah ,
banyak kali buat salah , benda yang sama
dibuat salahnya .

cuba bayangkan , untuk kaum ADAM .
kalau awak dah besar ,
awak dah kahwin ,
awak ada anak ,
ditambah pula bila anak awak PEREMPUAN ,
awak kena jadi wali kepada anak awak tau ?

ustazah kata orang yang FASIK tak sah jadi WALI ,
then bila kamu FASIK dan jadi WALI ?
macam mana dengan perkahwinan anak awak ?
sah ke tak ye ?

saya tak mampu jawab perkara tu ,
tapi cubalah renung2kan ,
buatlah solat TAUBAT banyak kali ,
kalau boleh buat setiap hari .

saya hanya hamba Allah yang dhoif ,
syukur aku bersama agama ISLAM ,
dan syukur Allah sentiasa di sisiku .

Terima Kasih Ya Allah :')
nikmatmu tak terhingga buatku .

sekian ...

Nukilan Sendiri @ My Handwriting :)


hai bloggers n readers . sihat hari ni ? amacam sekolah ? amacam keje ? ok tak ? kalau tak ok tu buat-buat ok lah ye ;) hari ni saadah nak bagi satu hasil nukilan saadah sendiri , saadah buat time form 3 , tapi tadi time belek-2 fail saadah jumpa so xcited nak update kat blog . so now , saksikanlah ...

about ibu :)

ibu ,
kaulah yang melahirkan ku , 
tak pernah lupa untuk menjagaku ,
tapi aku sering lupa untuk menjagamu .

engkau selalu sabar dengan kerenahku ,
engkau selalu sabar dengan permintaanku ,
segalanya kau cuba untuk penuhi ,
walaupun duit tidak mencukupi .

ibu ,
engkaulah ratu hatiku ,
tak akan pernah sekali pun aku melupakanmu ,
kerana engkau selalu di sisiku ,
sentiasa menemaniku saat suka dan sedihku .

ibu ,
saat engkau sakit , aku cuba untuk merawatmu ,
walaupun aku banyak kerja yang perlu dilakukan ,
tapi aku cuba untuk menjadi doktor buatmu ,
menjagamu sepenuh hatiku .

ibu ,
kau tidak pernah mengecewakanku ,
kau hadir di setiap detik ,
mebawa sinar kebahagiaan dalam keluarga ,
jerih payahmu tidak sia-sia ,
selama engkau membesarkan aku .

Terima Kasih Ibu :')
Thanks For All ur support for my succeed .

sincerely ,
from ur sweet daughter ,
Nur Saadah binti Mohd Toha .

Adakah Bahagia Itu Milik Kita ?


hai bloggers , lama dah tak update plus buat entry kat blog ni . now dah masuk bulan SEPTEMBER pun . n , next week saadah ada trial SMA . doakan yang terbaik untuk saadah kayh . saadah pun tak tahu apa persediaan yang saadah dah buat , macam tak rasa nak trial pun . hope , korang doakan yang terbaik untuk saadah kayh ! insyaALLAH MUMTAZ :) 

hari sabtu ni nak pergi ppas shah alam , nak study group . belajar tajuk SMA lah . tafsir hadis , ba 1 , ba 2 , fekah tauhid n tarikh islam . hope semua berjalan dengan lancar . insyALLAH semuanya ok je ye . doakan kayh ...

hmm ... today nak cite pasal my life , lama dah saadah tak meluahkan ni kan ? ntah , saadah pun rasa segan plak nak cite . *umum kay umum* , btw semua yang saadah nak cerita tak ada kena mengena dengan hidup saadah . tapi ada kena mengena dengan hidup KITA ! KITA ! saadah nak mention about OUR life .

persoalannya sekarang ! Adakah Bahagia Itu Milik Kita ? saadah akan jawab , ye ! tetapi sekiranya kite tidak bahagia pada masa sekarang , kita tak boleh nak salahkan takdir . tetapi kita kena selalu berdoa , selalu berusaha untuk mendapatkan title "BAHAGIA" tu . bukan senang nak dapatkan kebahagiaan tapi kita patut bersyukur dengan negara kita yang aman ni . tak macam dekat Mesir , Egypt , Palestin dan semua negara yang sedang berperang sekarang ni . 

Adakah Bahagia Untuk Mereka ? ya , pasti satu hari nanti akan ada sinar kebahagiaan di bumi Mesir , Egypt dan Bumi Palestin . InsyaALLAH dengan izin Allah . kita sebagai orang islam patut support rakan-2 seislam kita yang sedang bertarung nyawa tu . bukan besenang lenang tau . bukan setakat post "pray for egypt" "pray for mesir" tapi kita tak "PRAY" kan diorg sewaktu solat . 

sebab apa ? sebab terlalu khusyuk dengan dunia lama sosial ni hingga lupaakan "doa" @ sokongan kita pada mereka yang di sana . ingat ye , "doa" tu bukan sekadar update di status twitter atau facebook , tetapi ingat mereka dalam doa kita sewaktu kita solat . itu PENTING . ayah saadah selalu ingatkan saadah "orang yang tidak berdoa kepada Allah selepas solat , orang itu digelar orang yang tidak bersyukur" . betul tak ?

sebab apa orang yang tidak berdoa itu digelar orang yang tidak bersyukur ? sebab bila kita dah dapat rezeki dari Allah , kita tak pernah nak berterima kasih pada Allah atas apa yang diberi oleh-NYA . sepatutnya kita bersyukur dengan nikmat pemberian Allah sama ada sikit atau banyak . daripada orang yang tak dapat makan tu . pernah kita fikir ? tak pernah kan ? tapi kalau ada yang fikirkan tu ALHAMDULILLAH lah :)

saadah hari ni bukannya nak bagi ceramah atau motivasi . tapi saadah cuma nak nasihat , sebabnya kita sebagai orang islam kena saling menasihati . Rasulullah pernah bersabda "terima lah nasihat dari sesiapapun wlaupun orang yang kita nasihat tu se'org pelacur" . ingat tu ! kita jadi manusia kena terima segala kekurangan orang sekitar . jangan asyik nak menuduh + mengutuk je !

mungkin tak ada apa dah saadah nak cerita , sebab mood saadah pun tak berapa nak ok malam ni . so , renung2kan dan selamat beramal . semoga apa yang saadah cakapkan ni dapatlah korang terima dengan hati yang terbuka . insyaAllah :) sekia , terima kasih . Assalamualaikum ;)

Bahagia itu milik semua orang , tetapi
kita hendaklah bersedih atas pemergian seseorang .
dana janganlah terlalu bahagia dengan 
kesedihan seseorang . ingat tu ;)

Happy Birthday to Me


hai bloggers n readers :) Assalamualaikum , ape khabar ? korang sihat tak ? hope korang semua sihat , Alhamdulillah kita dah sampai ke ramadhan yang ke-26 :) korang puasa penuh tak ? kalau tk puasa penuh jgn lupa lepas raya nnti ganti ye . baju raya , persiapa raya semua mcm mane ? dh disiapkan ke blum ? ha , kalau tgh membuat persiapa raya , jangan cuai ye .. hati2 , yang dh balik kmpung or dlm perjalanan balik kampung , hati di jalan raya , kalau ngantuk berhenti sekejap kat stesen minyak or rnr 

ok , harini saadah nak cakap terima kasih kepada semua rakan2 yang wish dekat saadah . ade antara blogger2 juga yang wish saadah ye :) terharu jugak lah . thanks sekali lagi , ayah , ibu , my family , my friends n my adopt liltle sister :) thanks yang teramat for you wishes :)

ok , hari ni . genap umur saadah 16 tahun , terima kasih kepada ayah dan ibu yang selama ini menjaga saadah , terima kasih jafa makan minum saadah , duit belanja yang parents bagi , thanks sangat2 , tak tau sama ada saadah boleh balas jasa ibu atau tak . u are my idol n u are my best motivator :)

to my friends , terima kasih gak kat korang yang selama melayan je kerenah aku . kekecohan aku , terima kasih sangat2 . aku tau korang tak tahan dengan mulut aku yang bising ni , tapi terima kasih lah sbb menahan telinga korg drpd mndgr bebelan dan omelan aku . aku tau aku ni banyak buat onar dalam kelas , bising n banyak lagi lah kerenah aku yg korg tpkse layan . sory ye :)

kepada family aku , kak khalidah . thanks for the present , baju tu cantik sangat . abg fik , abg mi balik rumah nnti bawak kereta hati2 ye , abg zikri n abg faie jgn gaduh2 je . izzah n aqilah , korg pun sama . jangan gduh slalu , to kakak hidayah . hati2 balik kampung n kalau nk bersalin nnti , banyakkan berzikir ye :) menanti anak buah sulung itu adalah penantian yang sangat berharga :)

to my adik angkat , thanks for the present . cantik sangat album yang puteri belikan tu . comel , akk mmg suka warna biru :) hope puteri dapat 9A dalam PMR nnti ye , goodluck PMR nnti , raya raya jugak . jangan lupa baca buku ye 

kawan yang wish : suhaila , umi , sarah , gieha , dayah , mirza , airin , puspa , hazira , kak yana , amal , alia , qilah azis , nuha , ammar . thanks ye , n semua yg wish saadah kat fb , thanks sangat2 . aku takkan lupakan korang :) n Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :) berhati2 raya kat kampung , main mercun pun hati2 lah ye . main bunga api je tk bahaya sangat .

ok lah , akhir kata . Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin to all bloggers n readers :) berhati2 di jalan raya , sayangi nyawa anda dan orang yang tersayang :*

Shopping at Shah Alam



holla , hai . Assalamualaikum bolggers n readers , apa khabar ? sihat ? hope u ollss sihat , saadah tk berapa sihat hari ni , mnth2 sikit . hope okey lah esok , ok . hari nk story pasal kepenatan ber'shopping' kat Jakel Shah Alam td ...

penatnya hanya Allah je yang tau , pusing2 merata nak cari parking . dh lh saadah ni tk brpe mnt bab pusing memusing ni , sbb saadah bknnye kaki shopping sgt , saadah kalau niat nk cari shlai bju , saadah bwk balik sehelai lh , saadah tk suka bazir duit ni .. lagipun saadah bukannya pakai duit saadah , tapi pakai duit mak ayah . ye lah , kan saadah still blajar , so duit blnje yg saadah simpan kat tabung tu , mak ayah suruh smpan dalam bank . kalau dh terdesak sgt baru pakai duit sndiri :)

ok , nak tau tak . mula2 , nak shopping ni tk rncang pun . ibu balik dari NSK then ibu dpt panggilan telefon dri abg saadah , abg saadah surh cari baju kelabu yg sedondon , means semua sama pattern n colours lah . then , ibu terus ajak kitorg skali sbb ibu dh tknk keluar dua kali , lagipun saadah tau yg ibu tk larat , dgn kaki ibu yang sakit lagi . dh lah Jakel tu besar mak oiii ... saadah sblum ni cari baju kat Jalan Taiping , Klang je ...

ok , saadah pegi sane naik kete ngan abg ipar yg bawak . ayah tk ikut abb ayah tk sihat , so ayah tmpah je :) sbgai seorang wanita*ececeh ayat mcm dh tua* , saadah ni kalau carik aju mmg memilih . saadah tk suka corak kosong then tk suka banyak manik . tp apakn daya , pattern skrg mmg gitu , manik/labuci keliling baju , nmpak crowded sangat . 

dapat cari baju kelabu abg 5 pasang skali untuk abg2 dgn ayah , kitorg terus pergi tmpat lain . sbb pompuan smua tkk beli baju kt jakel sbb tk bkenan . haha , ibu pun mcm tk brpe suke material nye ... saadah suke pergi beli baju ngan ibu sbb ibu tau material mcm mane yg boleh dipilih . ibu dulu m;jhit tp skrg dh pencet jahit , kerja mgjr pulak . tu yg tkde masa nk jahit baju ...

kitorg pusing2 area jakel tu tp tkde yg cntek , so ibu amek kptsn pegi kompleks PKNS . kat sini mmg perghhhh , ramai sgt org smpai ksskn lalu lntas brlku . then krta jgn ckp lah , mmg byk sgt . saadah ikut je . time tu dh start pening kple sbb saadah ni tk boleh tpusing2 sgt , nnti start oning kple n mnth2 ... 

masuk kompleks tu mula lah melilau , baju mmg cntik tp hrga dia sgt shantekkkkkkkkkk .. saadah tk dpt carik baju hari ni , tp adik saadah dpt lah sehelai . pastu kakak ckp nk carik baju dkt Jalan TAR mggu dpn , so sesiapa yg pegi sane ... kalau jmpe tegor lah*bknnye blogger tegar pon* haha .. 

then misi setrusnya carik myk wangi ayah , carik pye carik jmpe satu kdai ni , name tk ingat ah . then ad org promote kat ibu , org tu calitkan myk wangi kat tangan ibu , then saadah bau lah ... mmg wangi , saadah suruh ibu beli , tp ibu ckp mahal , pastu saadah explain lah kt ibu yg minyak wangi tu satu set , satu set ade 6 .. 6 bersamaan 50 hingget , kalau beli satu , satu 15 hingget . ibu nak satu set or satu je ? so ibu pun dgr lh ckp saadah dgn mmbeli myk wangi tu ...

tiba-tiba ............................................................................

.................................................................................................
.......................................

saadah jumpe ashraf muslim !!! dengan isteri pertama dia yang DAYANA tu ..
rupenye dia mcm owner kedai tu tau , then dia bagi salam dkt ibu kita , siap bgmbr ngan ibu lagi . dia siap calitkan myk wangi kat tgn ibu lagi , n isterinye manis sgt . chumell , saadah malas lah nk capturd2 gmba ni , haha . then tau tk , yg bgkus kan myk wangi tu pun ashraf muslim .. wahhh !! teruje sgt , stil handsome mcm dulu , tp muke nmpk lebih relax .. tk stress mane lah lps kontroversi dia khwin dua tu ..

ok lah , pnjg lebar saadah cerita ni smpai sini je lah ye .. bye , Assalamualaikum .. selamat menjalani ibadah puasa dan kejarlah Malam Lailatul Qadar :) hope u guys enjoy

Lirik Lagu : Amelia - Seperti Dia

ku lakukan semua , hanya untukmu .
biar kau tak mengerti apa maksudku .
namun masa terlalu singkat ,
untuk aku buktikan padamu ,
untukku ... buktikan , padamu ..

ku jejak tiap haluan dia tuju ,
kerna ku hanya mau ... menjadi seperti dia .
ku harap , malam tak muncul bintang ,
kerna mereka tau , aku tak sama .
oooo , haaaaaa ahhaaa , oooo

ku harap malam tak muncul bintang ,
kerna mereka tau , aku tak sama .

jalani hidupku menjadi dirimu ,
mencari sesuatu yang pernah hilang ,
namun hidup terlalu singkat ,
untuk aku buktikan semua ,
untukku ... buktikan , semua ....

ost ramadhan yang hilang
tv3 ; setiap hari isnin hingga rabu
jam ; 10.00 malam hingga 11.00 malam .



Sedih , adakah itu pasti ?


hai , assalamulaikum . di bulan ramadhan yang ke-18 ini , saya serba sedikit nak cerita tentang kesedihan . apa itu sedih ? kadangkala orang tak faham ada apa dengan perasaan "sedih" ni sebenarnya . dalam hidup seseorang tu , pasti ada gembira dan yang pasti kita pasti pernah sedih . melalui apa yang saadah faham , sedih itu bukan sahaj meliputi tentang perasaan , tapi "emosi" kita . 

kemungkinan , kita sedih sebab ayah atau ibu kita dah tak ade , atau kekasih pergi tinggalkan kita  atau banyak lagi lah . dekat sini , saadah nak bagitau lah . kalau korang sedih sebab satu perkara yang tak pasti bagi korang , tolong jangan bazirkan airmata korg . fhm tk apa yg saadah cuba smpaikan ? kat sini , saadah nak cakap . if korang sedih hanya disebabkan korg ditinggalkan kekasih hati , tolong simpanlah perasaan sedih tu . 

mungkin org akan ckap yg saadah ni tk ade perasaan bila tk nangis apbla dtgglkn kksih , saadah mmg tk nafikn yg saadah tk prnh b'kasih syg dgn llki bkn muhrim , tp saadah dpt pgjrn dari kwn2 saadah yag beria-ia bercinta bagai nak rak , tp putus di tgh jalan . apa semua tu ? tolong jangan bazirkan emosi dn perasaan korg dgn mmikirkan pkara yg tk sptutnya korg fikir skrg #nihanyauntukremaja . 

apabila kita sedih , jangan kita luahkan di facebook , twitter , instagram , blog mahupun laman sosial yg lain . kerana apa ? kerana itu mungkin hanya akan mengaibkan diri korg je , simpan kesedihan tu dan luahkan kepada Allah , hanya Allah sahaja yang faham apa perasaan kita sekiranya kita sedih . Allah tk pernah tinggalkan kita tp kita ? kita slalu lupa , dn tinggalkan Allah hanya kerana perkara yang melalaikan kita . cukuplah semua tu !

kepada remaja di luar sana , jangan lah kita fikir soal cinta sekarang kerana apabila cinta tersebut putus , kemungkinan besar kita tidak akan khusyuk dalam pelajaran , jika kita tak istiqamah dalam pelajaran , mana perginya kita ? universiti mana yang akan ambil kita ? fikir-fikir kan lah . maaf jika bahasa saadah agak kasar . tapi , saadah berharap yang saadah dapat menyedarkan kawan-kawan saadah . tolong jangan hanyut . 

itu je , sekian terima kasih :)

Berhabuknyeeeeeeeeeeeee


hai semua , assalamulaikum . ape khabar ? dh berbulan2 tak hapdate blog shumel ni . Alhamdulillah , sekarang dh ramadhan yang ke-17 ek ? haha , entahlah ~ yg penting nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan SELAMAT HARI RAYA ! raya yang bakal tiba lebih kurang dalam seminggu , dan yang paling penting . tarikh 5 ogos 2013 yang bakal menjelang , membuatkan saadah tak sabar menunggu bulan ogos .

kenapa dengan 5 ogos tu ? kalau tk tahu , ni saadah nk bagitahu . 5 ogos bersamaan dengan ramadhan yang ke 27 . hari isnin yang mana hari itu adalah hari lahir saadah . sebelum tu , saadah nak mintak maaf kalau saadah ada buat salah dan silap kepada semua bloggers yang berkunjung ke blog saadah . saadah minta maaf jika saadah lupa nak follow korang . semua sebab saadah ada ujian SMA , and bulan 9 ni saadah ada trial . doakan yang terbaik untuk saadah dan kawan2 saadah yang amek paper SMA ye :)

lagi satu , minggu depan ada trial PMR . so , kat sini nak cakap goodluck kat my adopted sister , Puteri Aisyah Izzati . put , jangan lupa baca buku kayh . tak mao stress sangat , nanti tension plak . jawab elok2 , sebelum jawab baca bismillah . lagipun puteri trial bulan puasa kan ? semoga mendapat keberkatan bulan puasa tu ye .. jangan banyak main , jangan banyak online . buku jangan lupa tengok kay . akak taknak tensionkan puteri , n lastly nk cakap goodluck kepada semua bloggers yang menduduki peperiksaan PMR , trial minggu depan , chaiyok ! chaiyok !

wokayh , dalam minggu ni saadah akan hapdate blog ni untuk tukar tema sempena raya yang akan datang ni . tema blog ialah kelabu , tapi tknk kelabu yang hambar , saadah nak kelabu yang cute , comel n yang paling penting simple ;) sape ade idea ? jangan lupa share dengan saadah kayh . nak gak blog comel plus cute mcm korg . blog pun nak berbaju raya jugakk :)

kayh , tu je untuk malam ni . nak cakap , kejarlah amalan 10 malam terakhir yang akan datang ni , semoga kita dapat manfaat malam Lailatul Qadar . bye , Assalamulaikum :)

Jerebu :(

hai korang , tengah buat apa tu ?? sibuk ke ?? ape kes sekarang ?? jerebu right ?? hmm , hope jerebu ni tak lama sebab saadah betul2 nak sekolah ... saadah dah lah banyak tertinggal sylibus ... akademik dengan al-azhar , batuk n selsema plak tu ... hope semua berjalan lancar ~

kepada penduduk di sekitar daerah klang , tolong jangan buat pembakaran terbuka ... saya mohon sangat2 , mungkin anak2 awak suka cuti sekolah , tapi tidak kepada saya ! cuti ni cuti berganti tahu tak ?? bukan itu aje , saya dah nak exam  ... blan 9 ni trial n blan 11 ni real exam .. 

berita terbaru , IPU di daerah Klang meningkat sebanyak 419 .. dalam keadaan yang bahaya , tolonglah semua jangan pentingkan diri sendiri ... tunaikanlah solat hajat , semoga segala urusan kite dipermudahkan , dan Alhamdulillah ... di Klang sudahpun hujan , jangan lupa sujud syukur :)

lagi satu , don't always blame pnddk di riau , indonesia .. mgkin ni satu takdir yang dah t'tulis untuk rakyat Malaysia , kayh ... kita pun tak tahu siapa yang bersalah dalam hal kebakaran terbuka ni ... so , jangan berani berani nak baut kptsn sndiri , okay ?

maybe that's only for today ... thanks to all Malaysian yang dah buat solat hajat , Allah sudah memakbulkan doa kita , Alhamdulillah :)

Apa Yang Terjadi ?


hai bloggers n readers , apa khabar semua ? hope korang sihat sentiasa , maaflah sebab saadah dah lama tak hapdate blog n lagi satu mini novel saadah tak dapat nak di-update kat blog ni , sebab belum siap sepenuh'y .. cuti sekolah pon saadah lupa nak update blog sebab bezy buat folio n lepas cuti sekolah ni , sekolah saadah bezy cket .

untuk bulan ni jadual agak padat cket sebab saadah mggu depan ada seminar SMA dan saadah ada sukan , ada hari eksporia ... banyak benda saadah nak uruskan , n untuk bulan ni memang agak bezy .. saadah lepasni nak fokus untuk peperiksaan percubaan , paper lepasni banyak , memang padat jadual sampai blan 11 ni .. korang cuti saadah periksa , kesian kan saadah ? tapi saadah periksa pon sebab nak uji diri ni dengan apa yang saadah dapat selama belajar bahasa arab al-azhar kat sekolah ?? nak test diri ni sama ada ilmu yang saadah pelajari tu masuk atau tak ? surah-2 yang saadah hafaz tu ingat lagi tak sampai sekarang ??

kita jadi manusia jangan cepat putus asa , walaupun result kita tak berapa sekarang ni , kita usaha lagi , mungkin rezeki kita bukan sekarang , mungkin nanti kan ? sape yang tahu ? tu semua dah jadi perancangan dari Allah , semoga kita dipermudahkanlah urusan tersebut kan ? banyakkan berdoa , berusaha , redha dan tawakkal dengan apa yang kita dapat , pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi ..

kayh , untuk tajuk post saadah hari ni ! apa yang terjadi ? blog saadah dah lama terbiar , tak bagi khabar pon ! kesian saadah pye blog ni kan ? tak ada admin ke yang nak update kan ? saadah pye admin pon bezy sekaki .. hahaha , apa pun saadah minta maaf lah ye ... di atas kesibukan saadah ni , blog terabai ... tak apa , yang penting solat jangan terabai sekali lah ye :)

ok , tu je untuk post entry kali ni :) lepasni tunggu plak ye ... kesedihan , sediakan tisu :'(

Salam Jumaat :)


hai , korang tengah buat apa tu ?? hari ni hari jumaat kan ?? yeahhh !! dah cuti , rasa mcm sekejap je masa berlalu ... sekarang dah bulan rejab , kalau kita hitung lagi berapa hari je nk masuk syaaban then lepastu ramadhan ... alhamdulillah , semoga aku masih lagi diberikan kesempatan untuk merasai bulan ramadhan tahun ni ..

segala salah silap saadah harap korg maafkan , if saadah ade main-mainkan korg ke ... bergurau yang tak sepatotnye ke , ae buat korg terasa ke ... sorry sangat-2 tau ... kayh , malam tadi saadah ade kate nak bagi sinopsis cerpen kan ?? hehehe , kayh sebenarnye macam ni , saadah tk habis review balik cerpen tu sebab masa cemburu dengan saadah ... saadah dah lah harini terbangun lambat , lepas bangun , mandi then sarapan ... lepas sarapan tolong ibu kat dapur ... 

so , untuk sinopsis cerpen tu maybe malam ni saadah update kayh ? tunggu tau , insyaAllah ... bi iznillah , semoga semuanya berjalan dengan baik ... disebabkan hari ni all of my family ada kat rumah , so saadah bezy cket ... sayang korang ...

nak tau tak , semalam abg saadah buat kejutan dekat whole of my family ... act , sebenarnye dia tak cakap pon yang dia nak balik smpena wesak ni ... terharu kitorang n smlm memang kecoh lah rmah saadah !! n raya tahun ni insyaAllah saadah akan dapat anak buah sulung .. hasil perkahwinan akak saadah ... semoga bayi dalam kandungan kak dayah selamat ..

jumaat ni akan menjadi jumaat paling bahagia , insyaAllah ... harap tahun ni tahun yang paling best untuk saadah , paling bahagia pastilah ayah n ibu sebab baru nak dapat cucu sulong kan ?? tak sabarnyeeeee , insyaAllah doktor kate kakak akn melahirkan anaknye pada blan 8 .. sama dengan bulan lahir saadah ... so , saadah ada kawan !! yeahhhh ...

kayh , that's all ... jangan lupa tunggu nanti malam tau ... insyaAllah kalau tak ada pape yang menghalang saadah akan update sinopsis cerpen tu malam ni ... bye , akhir kata ... jaga diri n Assalamualaikum :)

Alhamdulillah :)

hai , apa khabar ? tengah buat apa ?? sihat ? alhamdulillah , akhirnya .. dah cuti untuk penggal pertengahan tahun ... habis exam , rehat n siapkan folio untuk subjek al-azhar ... alhamdulillah sekali lagi sebab segala urusan dipermudahkan ... harap-2 dapat keputusan yang baik , insyaAllah ... dengan izin Allah :)

kayh , untuk cuti sekolah ni saadah akan buat satu giveaway dengan partner saadah ... akma namanye ... sekarang tengah cari sponser lagi , alhamdulillah dah dapat banyak sponser ... taknak banyak sangat syarat :) takut nanti serabut nak uruskan :)

tajuk GA tu superduper giveaway :) insyaAllah hari ahad ni akan berlangsung GA tersebut , nantikan ye bloggers n readers :) hope dapat sambutan kali ni ... teringin sangat nak rebut semula peluang ni dengan menaikkan trafik blog saadah :) harap-2 meningkatlah trafik blog saaadah ye ... 

kayh , selesai satu tugas ... saadah ade lagi satu nak bgtau ... about my cerpen , maybe saadah akan  jadikan novel :) buat sementara waktu ni masih rancak menulis dan masih memilih idea-idea yang terbaik untuk masa depan , haha ... hope korang tggu je lah ye cerpen saadah yang bertajuk "CINTA SAHABATKU" ... menarik tak ?? hope menarik lah ye , hope cerpen a.k.a novel kali ni lebih mendapat banyak sambutan sebab ade beberapa readers yang memberikan banyak komitmen nak tolong saadah ... diorang bagi support bagi nasihat mcm mane nak buat novel yang terbaik , n ade beberapa rakan fb nasihatkan hantar novel kat mana-2 pengarang :) insyaAllah , semoga Allah permudahkan segala urusan saadah ..

sinopsis untuk cerpen saadah update esok ye , sebab saadah nak review semula cerpen tu n saadah nak buat jalan cerita yang lebih menarik ... saadah nak olah sedikit , harap tk lari lah jalan ceritanya dari tajuk cerpen tu ... saadah budak sastera nak buat cerpen :) hehehe , hope korang semua bagi support ok ;)

kayh , that's only for today ... bye , good night n Assalamualaikum :)

Zaman Jahiliah Aku :'(

hai , alhamdulillah ... hari ni ada masa untuk update blog sekejap ... diberikan waktu yang ada ruang sudah cukup untuk mengupdate blog usang ni ... rasa gembira dapat update blog seperti biasa semula ... rindu sangat dengan blog usang ni , tak sabar nak tunggu cuti .... lagi 2 hari nak cuti sekolah ... 2 minggu cuti sekolah , dapat rehat kan minda ... siapkan folio untuk sivik dan subjek al-azhar .. tak lah rehat sangat , kira ada kerja jugaklah ...

so , malam ni ... nak cerita tentang zaman jahiliah saadah .. semasa saadah kecik , semasa dah meningkat remaja dan sekarang ... saadah mula pakai tudung masa 6 tahun , tapi apa yang budak  tahun tahu pasal ni ?? pasal agama ?? masa saadah 6 tahun , tadika hanya belajar ngaji iqra' , doa sebelum dan selepas makan ... memang bagi pandangan orang , perempuan yang menutup aurat ni tak ada zaman jahiliah .. sebab kita tutup aurat since kita kecik lagi .. tapi sebenarnya , saadah ada zaman jahiliah ... zaman saadah tak tahu apa-apa ... yang banyak membimbing saadah ialah ayah , ibu , family ... cikgu banyak bagi nasihat dan tak lupa kawan-kawan ..

dulu , kalau korang nak tahu saadah ni ganas tau kat sekolah rendah ... ye lah , time tu orang cakap kita ni tak baligh lagi , tak tau apa-apa ... saadah mula baca al-quran seawal darjah 2 , khatam al-quram seawal drjah 4 ... n sekarang dh masuk 5 kali khatam al-quran ... ayah selalu cakap , al-quran ni penerang hati ... bila kita solat , jangan lupa doa selalu pada Allah , supaya permudahkan segala urusan kita ... apa yang minta doa supaya dipermudahkan oleh Allah , insyaAllah Allah bantu kita jika kita betul bersungguh untuk dapatkan apa yang kita nak ..

saadah mase tingkatan 1 , macam budak darjah enam .. menjerit-jerit , mencarut itu dah jadi perkara sebati dalam diri saadah ... tapi tu dulu , sekarang tak lagi .. Alhamdulillah , saadah dah nekad nak berhijrah , apa tu hijrah ? apa yang kita tahu pasal hijrah ?? tak  kesahlah apa pun , yang penting hijrah kita mestilah ke arah kebaikan , ke arah keredhaan Allah .. saadah bukan ustazah nak bagi ceramah @ nasihat free kat korg .. saadah pun tengah belajar untuk mendalami ilmu agama dengan lebih dekat .. walaupun saadah sekolah agama , tapi saadah akui yang saadah belum cukup ilmu untuk bercerita tentang huku-hukum agama ... saadah taknak dikatakan hipokrit , dan disebabkan itulah saadah berhijrah perlahan-lahan ... Allah memahami apa yang saadah buat , semoga apa yang saadah buat sentiasa mendapat keredhaan dari-NYA ...

sapa saadah orang nak hina ? sapa saadah orang nak caci ?? sapa saadah orang nak fitnah ? semua tu tak pernah lepas dari mulut orang , saadah dilabel sebagai "poyo" time baru masuk tingkatan 1 , saadah tak tahu apa masalah akak senior kat situ , tanpa mengenali saadah mereka katakan yang saadah ni POYO ? siapa diorang nak nilai saadah ?? kadangkala saadah fikir jugak , memang banyak dosa yang saadah buat .. pernah membuat orang sakit hati , itu banyak kali .. saadah pun manusia biasa , saadah bukan malaikat yang mampu melindungi orang .. saadah bukan manusia yang sempurna .. memang melalui fizikal saadah sempurna , tapi hati ?? masih belum sempurna lagi ... tiada siapa yang boleh menilai saadah tanpa mengenali saadah ... hanya Allah yang boleh menilai siapa saadah ..

bila dah masuk tingkatan 3 , ramai yang minta maaf pada saadah .. diorang kata diorang pernah mengata , mengumpat saadah .. saadah tak kesah , itu lumrah hidup .. takkan lepas dari menjadi bahan umpatan .. mereka pun manusia juga , kita perlu bersedia memaafkan orang dan meminta maaf atas kesalah yang kita lakukan .. bila diorang dah kawan dengan saadah , diorang rasa selesa .. diorang kata saadah dulu kerek , tapi bila kwan dengan saadah , saadah suka buat lawak gila yang mengarut .. melatah , perkara biasa bagi saadah dan saadah pun memang minah latah ..tapi sekarang mencuba untuk kurangkan melatah , dan banyakkan istighfar ...

kata orang , jangan menilai orang melalui luaran ... nilai sekali dari segi dalaman nya , hatinya , akhlaknya , ilmunya .. semua itu perlu dinilai , bukan tengok dari segi luaran kita sahaja ... perlu pilih kawan yang baik , untuk dijadikan contoh masa depan .. saadah pun kadang-2 minta pendapat kawan-2 kalau ada masalah ... dan kitorang saling membantu mencari penyelesaiannya .. saadah adalah saadah , dan saadah tak akan jadi orang lain tak akan tiru orang lain untuk jadikan diri saadah bagus , untuk jadikan diri saadah elok dilihat orang .. saadah akan jadi seperti apa yang saadah mampu ... dan itu perlulah ikhlas !

sekrang , saadah perlu tumpukan perhatian yang lebih untuk periksa .. jangan banyak main , belajar berusaha , belajar berdikari .. lupakan masa lalu , mulakan hidup baru .. insyaALLAH permulaan hidup ini akan jadi lebih indah jika kita sentiasa dekat dengan-NYA .. amiin , doakan saadah :) menjadi anak yang solehah , menjadi pelajar yang terbaik :) menjadi adik dan kakak yang boleh dijadikan contoh :) insyaALLAH ... amiin

 


and this is me :)
Assalamualaikum :D

Banyaknya Habuk !!

hai korang , ape khabar ? sihat ? Alhamdulillah , hari ni saadah diberikan kesihatan yang baik :) sorry sangat dah berapa minggu tak berhapdate blog ni , tak ade masa nak update sebab sekarang tengah mid-year exam kan ?? so , sangat banyak habuk kat blog ni ... lupa nak cuci , kejap lagi nak cuci dengan blogwalking , follow n balas chatbox ... maaf jika selama ni tiada respons dari blog ni ... ni semua sebab kesibukan yang tak boleh dielakkan lagi ... sorry sangat :)

so , kepada followers n readers thanks always support perkembangan blog ni ... cerpen akan dikeluarkan 2 minggu dari sekarang .. kira lah lagi berapa hari ... so , sorry sebab kali ni cerpen nye cincai aje yang saadah buat ... hahaha , masa yang saadah ada tak banyak sebab saadah still belajar ... so , masa agak sempit cket ..

insyaALLAH , biiznillah kalau ada hari lain  saadah blogwalking blog korang followers yea ... n saadah akan follow , saadah tk akan lupa jasa korg yang dah menaikkan blog ni ... view sekarang dah tak ramai semua disebabkan saadah tak hapdate blog , sehari dalam 70 je .. dulu sehari dalam 300 view pon happy je kan ? :)

kayh , minggu depan saadah dah habis exam n dengan izin Allah saadah cuba nak naikkan semula view blog ni dengan contest dah segmen-2 di blog ... ok ?? sedang mencari sponsor sekarang ni ... insyaAllah hadiahnye akan gempak :) tak akan meriah blog saadah tanpa followers n readers yang disayangi ni kan ?? saadah tak akan lupakan jasa korang ...

kayh , cukup sampai sini ... doakan saadah dapat jawab periksa , lagi 7 paper untuk exam minggu depan ... lepas ni nak blogwalking n follow ... then sambung study balik , tk lehh lupakan buku .. nanti jdi lalai plak ngan blog ni ... ok ... so , bye n Assalamualaikum korng ... :)

PWTC


hai korang , tengah buat apa tu ?? kayh , harini saadah tak tahu nak post pasal entry apa tau ... disebabkan esok adalah hari pekerja ... saadah nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada pekerja-2 di seluruh Malaysia .. segala jasa anda kami kenang selamanya .. terutama kepada ayah , ibu , family n cikgu-2 :)

kayh , act malam ni family saadah balik kampung .. saadah tak ikut sebab saadah esok akan mengikuti lawatan sekolah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpu (PBAKL) di PWTC ... jumpa korang disana ye nanti ... of coz esok ramai yang akan ke PWTC sebab esok cuti kan ? mesti ramai orang-2 yang nak release tension datang situ ...

malam ni , saadah nak online puas-2 sebab nanti saadah dah tak boleh online untuk bulan ni sebab Peperiksaan Pertengahan Tahun sekolah saadah dah dipercepatkan .. start periksa hari khamis 2 Mei 2013 ni .. doakan saadah ye dapat lakukan dengan baik , insyaALLAH :) 

malam ni jugak , saadah nak siapkan lagi sikit cerpen saadah ... cerpen kali ini bertajuk "Cinta dan Sahabat" ... sebenarnya nak buat cerpen ni dah lama tapi kesuntukan masa ... masa yang saadah ada tu untuk buat perkara lain like reading , cooking n banyak lagi lah ye ... 

for the forst time , cerpen ni sangat panjang ... lebih panjang berbanding cerpen sebelum ni , cerpen sebelum ni bergantung lebih kepada premis surat right ?? tapi cerpen kali ni lebih kepada perbualan dan teringat kepada kenangan lama ... of coz ceritanya ada funny n aed yang sadly sikit ... maaflah kalau korang akan berasa bosan kalau korang baca , hope korang akan enjoy lah nanti ye :)

nantikan cerpen saadah nanti ye , insyaALLAH kalau ada rezeki akan dikeluarkan pada cuti sekolah nanti .. n kepada supporters , bloggers , readers n followers .. thanks sebab dah support saadah selama ni ... hope korang akan kekal bersama saadah , always jadi peminat setia kepada blog ni ya :)

akhir kata , terima kasih dan ASSALAMUALAIKUM ............

ya ALLAH , kau permudahkanlah segala urusanku nanti ... berikanlah aku akal fikiran yang dapat berfikir dengan rasional , berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan-MU ... kau berikanlah aku akal yang cerdas ketika ingin menjawab soalan peperiksaan nanti dan .. kau berikanlah aku dapat menjawab soalan ini dengan tenang :) sesungguh-NYA engkaulah yang MAHA Mendengar lagi MAHA Mengasihani :)