Cerpen : The King of Buli

update terbaru , cerpen kanak2 :) enjoy it here !!!

Zafirah bingkas bangun dari katilnya . Dia segera menuju ke bilik air untuk mandi dan solat subuh , dia harus segera bersiap untuk ke sekolah hari itu . Dia sudahpun bersedia dengan apa jua cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh hari itu . Kerana dia adalah salah seorang “mangsa buli” .
Dia ke sekolah menaiki kenderaan pacuan empat roda ayahnya . Sampai saja di sekolah , perutnya memulas-mulas . Apa yang aku makan sampai sakit perut ni ? Desis hati Zafirah . Selesai membuang hajat , Zafirah ke kelas semula untuk memulakan sesi pembelajaran .
Kali ini , sudah tiga kali dia ke tandas . Zulaikha , rakan baik Zafirah bertanyakan kesihatannya .
“Awak ok ke tidak ni Zafirah ? Kalau awak tidak sihat , saya hantar awak ke bilik kesihatan sekolah saja la” Zulaikha seorang rakan yang sangat prihatin .
“Tak mengapa , saya sihat . Sekejap , saya nak masuk semula ke tandas . Awak ke kantin dulu lah ye . Saya tak tahan ni , awak tunggu saya di kantin saja .” Zafirah terus meluru masuk ke tandas .
Hisyam dari jauh sudah mula memikirkan pelbagai idea untuk mengenakan Zafirah a.k.a Zirafah . Terasa seperti keluar mentol di kepalanya , terus dia berlari bersama ahli-ahlinya untuk mencari baldi . Selepas itu , dia memasang perangkap dengan meletakkan baldi di pintu tandas . Usai itu , mereka terus keluar menuju ke kantin untuk menjamah makanan dengan perasaan gembira …
Kringgg !!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat , Zulaikha berlari ke tandas semula untuk mencari Zafirah .
“Ya Allah , Zafirah !! Awak ok tak ni ? Mari saya tolong awak bangun , macam mana boleh jadi begini ? Siapa yang buat awak sampai macam ni ?” pelbagai soalan diajukan dari Zulaikha kepada Zafirah .
“Saya terjatuh sebab ada baldi di pintu tandas , saya tak perasan dan baldi tersebut terjatuh . Maaf buat awak tertunggu-tunggu .” riak wajah Zafirah seakan ingin menangis . Bagaimana dia ingin ke kelas dengan baju yang basah lencun ni ? Dia keluar ke tandas sambil dipimpin oleh Zulaikha . Mata pelajar yang lalu-lalang di situ tertumpu pada Zafirah , Mereka galak mengusik Zafirah . Ada yang mengatakan Zafirah mandi dan sebagainya .
Di satu sudut , Hisyam dan rakan-rakannya berpuas hati dengan rancangan mereka . Terasa bahagia hati mereka . Padan muka kau Zafirah , lain kali jangan beritahu cikgu yang kami suka ponteng di pusat sumber . Tahulah yang engkau tu Penolong Pusat Sumber , seronok aku kerjakan kau . Hahaha


Sudah 2 hari Zafirah tidak ke sekolah , dia mengalami demam panas . Kata doktor kemungkinan Zafirah trauma dibuli seteruk itu . Doktor memberi cuti kepada Zafirah sehingga hari Jumaat . Aiman dan Zulaikha , teman rapat Zafirah menziarahi Zafirah di rumahnya .
“Assalamualaikum , Zafirah . Macam mana ? Awak dah sihat ?” Tanya Aiman kepada Zafirah .
“Waalaikumsalam , Alhamdulillah dah sihat sikit . Kau orang jangan risaulah dengan saya , ibu saya sudah menjaga saya dengan rapi . Kalau saya dah sihat saya akan ke sekolah semula .” Zafirah menjawab dengan nafas yang tersekat-sekat .
“Kesian awak Zafirah , sampai hati Hisyam dan kawan-kawan dia buat awak macam ni .” Zulaikha bersimpati dengan keadaan temannya .
“Tidak mengapa , saya ok saja . Aiman , Ika terima kasih sebab sudi melawat saya di rumah . Kesian awak penat-penat balik sekolah terus melawat saya .” Zafirah terharu dengan kedatangan sahabat karibnya .
“Kami tahu badan kami berbau peluh , maaf .” gelak tawa mereka menggegarkan ruang kamar Zafirah .
“Kami pulang dulu lah Zafirah , esok kami datang lagi .” Zulaikha meminta diri untuk pulang , begitu juga Aiman .
“Terima kasih .” kepulangan mereka disambut dengan senyuman Zafirah .
…..
1 minggu berlalu
Zafirah ke sekolah seperti biasa , sebaik saja kakinya melangkah ke dalam kelas … Tiba-tiba dia tersungkur di depan pintu kelas , semua yang ada di dalam kelas mentertawakannya . Mujur ada Zulaikha yang menolongnya .
“Kau orang tidak baik mentertawakan Irah , suatu hari nanti kalau kau orang berada di tempat Irah , kau orang akan rasa apa yang dia rasa .” Amarah Zulaikha memuncak , ini pasti angkara the king of buli . Kau akan terima balasan suatu hari nanti Hisyam . Desis hati Zulaikha .
Zulaikha memapah Zafirah ke kerusinya . Pagi itu mereka belajar seperti biasa , walaupun bukan Ika yang terjatuh , tetapi Ika tetap bersimpati atas apa yang menimpa diri Irah . Kalau ada Aiman , hero malayanya pasti mereka yang mentertawakan Irah akan meminta maaf semula .
Waktu rehat bermula , seperti biasa Zafirah dan Zulaikha akan ke kantin untuk makan bersama . Di suatu sudut , Hisyam dan rakan-rakannya masih merancang niat jahat untuk mengenakan Zafirah dan Zulaikha .
…..
Hisyam dan rakan-rakannya merancang untuk membaling tepung ke arah Zafirah apabila Zafirah masuk ke kelas nanti . Hisyam dan rakan-rakannya yang lain bersedia di pintu kelas dengan satu paket tepung .
Kringggg !!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat , rakan Hisyam Zul memberi arahan yang Zafirah dan Zulaikha akan masuk tidak lama lagi . Tiba-tiba , mereka terbaling tepung ke arah seseorang yang sangat menggerunkan ! Bila mereka amati , ya ! Itu adalah guru disiplin sekolahnya , Cikgu Muzakir . Oh tidak ! Macam mana dia boleh tersilap langkah ? Habislah aku kali ini , desis hati Hisyam .
“Hisyam , awak ikut saya ke bilik disiplin . Sekarang !!” Cikgu Muzakir berteriak , membuatkan pelajar yang lalu lalang di situ , berlari masuk ke kelas masing-masing . Ada beberapa murid yang mentertawakan mereka . Padan muka kau Hisyam , desis hati Zulaikha .
…..
“Apa yang awak cuba buat tadi Hisyam ? Awak sudah tiada kerja lain ke mahu mengacau dan membuli orang ? Saya sudah terima banyak aduan tentang awak . Ramai yang mengatakan awak sering membuli pelajar baru dan juga pelajar perempuan . Semua yang awak buat tu mendatangkan manfaat ke ?” Cikgu Muzakir tegas memarahi Hisyam . Rakan-rakannya yang lain dilepaskan .
“Maafkan saya cikgu , saya janji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi .” Hisyam meminta maaf pada Cikgu Muzakir .
“Awak nak minta maaf pada saya buat apa ? Awak tak buat salah pada saya , nasib baik saya menyedari apa yang awak buat , kalau tidak sampai habis sekolah awak masih berperangai seperti ini . Saya akan laporkan awak pada ibu bapa awak .” Cikgu Muzakir segera menyemak fail murid untuk mengambil nombor telefon ibu bapa Hisyam .
“Janganlah cikgu , saya janji saya akan tebus kesalahan saya cikgu . Saya tak nak susahkan ayah dan ibu saya . Tolong cikgu .” Hisyam merayu meminta supaya tidak diberitahu kepada kedua ibu bapanya .
“Baru sekarang awak nak menangis ? Saya boleh lepaskan awak , tapi dengan beberapa syarat . Pertama , awak perlu meminta maaf kepada semua pelajar dan berucap di tapak perhimpunan . Kedua , awak perlu membersihkan tandas selama seminggu . Itu sahaja , awak mahu ?” Cikgu Muzakir  menerangkan syarat-syaratnya .
“Hmm , baiklah cikgu . Saya buat apa yang cikgu mahukan . Terima kasih cikgu .” Hisyam terus keluar dari bilik disiplin setelah diberi arahan oleh Cikgu Muzakir . Nasibnya hari itu menyebelahinya , nasib baik Cikgu Muzakir tidak mengambil tindakan yang berat .
…..
"Ish,geramnya aku!Kalau tak kerana Si Zirafah itu,pasti aku tidak kena denda.",rungut Hisyam semasa membersihkan tandas.Sedang membersihkan singki tandas,keluarlah satu idea yang nakal daripada otak Hisyam.
"Mungkin aku boleh kurung Si Zirafah itu di dalam tandas.Biar padan muka dia.",bisik hati Hisyam.
Setelah membersihkan tandas itu pada tahap ala kadar,Hisyam segera mencuci tangan dengan pencuci tangan mahal yang dibawanya sendiri.Setelah itu,dia pergi bertemu rakan-rakannya dan membentangkan idea untuk membuli Zafirah.Ketika mereka semua bersetuju dan sedang berjalan ke garaj basikal yang disediakan oleh pihak sekolah,Hisyam terkejut apabila mendapati bahawa tayar basikalnya sudah pancit!Terpaksalah dia pulang ke rumah sambil menuntun basikalnya.
Hari ini merupakan hari terakhir Hisyam perlu membersihkan tandas.Hari ini juga dia telah pun memasang perangkap untuk Zafirah.Disebabkan hari ini Zafirah membawa bekalan ke sekolah,dia sudah mengupah salah seorang teman sekelas Zafirah dan menyuruhnya meletakkan sos tobasco yang pedas dan akan menyebabkan Zafirah sakit perut.Pintu tandas perempuan juga telah disabotaj dan akan dilengkapkan apabila hanya Zafirah yang berada di dalam tandas.Hanya menunggu saat dan waktu .
Waktu rehat bermula , saat Zafirah dan Zulaikha mengambil tempat duduk di kantin , Aiman sahabatnya berlari kea rah mereka sambil termengah-mengah .
“Irah , jangan makan bekal yang kau bawa tu . Tadi aku Nampak ada orang campurkan sos Tobasco dalam makanan kau . Nanti kau sakit perut , seeloknya kau jangan makan .” Aiman menjelaskan satu persatu . Nasibnya baik hari itu kerana Aiman lebih awal meyedari akan ada orang yang mengenakan Zafirah . Tiba-tiba Hisyam dan rakan-rakannya mendekati Zafirah dan rakannya .
“Eh , Aiman . Kau memang suka ganggu misi aku kan ? Kau memang penyibuk antarabangsa betul lah .” Hisyam memarahi Aiman kerana mengagalkan misinya untuk mengenakan Aiman .
“Misi ? Misi membuli ? Membuli itu kau panggil misi ? Sampai bila kau nak membuli Hisyam ? Aman kah hidup kau kalau suka menganggu ketenteraman orang ? Kau tahu tak ? suatu hari nanti perbuatan kau akan dibalas semula oleh Allah AzzaWajalla .” Aiman memberikan nasihat dan menerapkan sedikit unsur Islam .
“Oh , kau nasihatkan aku ya ? Tidak mengapa Aiman , kau akan aku ajar ! Kau orang , apa tunggu lagi , belasah si Aiman ni !” Hisyam berteriak membuatkan rakan-rakannya segera menyerbu Aiman dan memukul Aiman , tetapi perkara yang tidak disangka-sangka Aiman mampu melawan mereka semula .
“Hisyam ! Aiman ! Ikut saya ke bilik disiplin . Sekarang !!!!” Cikgu Muzakir datang tanpa dijemput , apa lagi dugaan untuknya ? Dia siap sedia untuk terima . Nasib kau Hisyam , kau yang salah .
…..
Di bilik disiplin …
“Kenapa kamu berdua ni ? Hendak jadi hero di sekolah ini ? Kamu , Hisyam ! Tidak serik kena denda ke ? Atau awak betul mahu saya telefon ibubapa awak untuk datang ke sini ? Awak makin dibiarkan makin menjadi-jadi .” kesabaran Cikgu Muzakir semakin memuncak .
“Maafkan saya cikgu , tadi semasa saya di dalam kelas saya ternampak Hisyam cuba untuk menganiaya Zafirah , jadi saya menyelamatkan Zafirah . Tiba-tiba Hisyam dan rakan-rakannya datang dan menyerang saya . Saya lawan semula , sebab saya tidak mahu dianggap lemah .” Aiman cuba menerangkan situasi sebenar .
“Aiman , sepatutnya awak beritahu saya dahulu . Saya boleh memerangkap Hisyam dengan cara yang lain . Saya harap selepas ini awak akan bekerjasama dengan guru sekiranya awak tahu mengenai kes buli di sekolah .” Cikgu Muzakir menasihati Aiman untuk tidak bertindak sendiri , Aiman hanya mengangguk tanda faham .
“Hisyam , awak saya gantung sekolah selama seminggu . Saya harap awak akan dapat pengajaran atas semua yang telah terjadi . Awak tidak belajar mengenal agama ke ? Awak tidak tahu bahawa dalam Islam itu tiada istilah dendam dan benci membenci . Nabi Muhammad SAW sendiri tidak pernah membenci orang-orang yang sentiasa mencaci – maki Baginda . Malah Baginda tetap sabar , dan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan hati orang tersebut . Saya nak awak cuba untuk belajar mengenal Rasulullah , maka awak akan sentiasa mengingati Baginda . Faham !” Cikgu Muzakir menasihati Hisyam , jatuh airmata keinsafan di kelopak mata Hisyam , Aiman yang berada di sisi Hisyam menepuk-nepuk bahunya .
“Saya minta maaf cikgu , saya berjanji tidak akan mengulangi lagi semua ini .” Hisyam menzahirkan apa yang terbuku di hatinya .
“Eloklah kalau awak balik , tenangkan diri . Solat taubat itu penting ! Berdoa memohon maaf pada Allah , pasti doa itu akan didengari-Nya . Allah sentiasa memaafkan hamba-Nya .” terang Cikgu Muzakir lagi .
“Terima kasih cikgu atas segalanya , terima kasih kerana menyedari saya akan perbuatan saya ini . InsyaAllah , saya cuba untuk berubah .” Hisyam dan Aiman berpelukan , pelukan seorang sahabat itu sangat menenangkan .
…..
5 bulan kemudian …
Hisyam dan Aiman kini bersahabat , mereka umpama belangkas . Tidak boleh dipisahkan . Mereka akan belajar bersama-sama , Zulaikha dan Zafirah juga kini sudah berbaik dan dapat menerima Hisyam dan memaafkan kesalahan Hisyam . Sunggu dalam kata-kata Cikgu Muzakir dan mampu meluluhkan hati “The King of Buli” . 
Saat Irah , Ika , Aiman dan Hisyam membuat perbincangan pembelajaran , tiba-tiba Hisyam menjerit .
“Katak ! Katak ! Ya Allah , gelinya aku . Aiman , tolong buang katak itu jauh-jauh . Aku tak boleh tengok katak .” Hisyam menjerit merayu meminta tolong dengan Aiman .
“Ini ke raja buli yang aku kenal tu ? Takut katak ?” Aiman mengejek-ejek Hisyam . Apalagi , ketawa terbahak-bahaklah Zulaikha dan Zafirah .

1 comment:

Mardiah Diana said...

Waalaikumsalam...dan salam kenal...pandai adik buat cerita...