Aku Berubah Atau Engkau ?


assalamualaikum , hai . mulakan update blog ni dengan bismillah . sebelum tu nak minta maaf dekat semua kalau ada salah dan silap , kerana aku hanyalah insan biasa . andai aku tersalah maafkanlah , kerana aku bukan Malaikat . jika aku terusik atau tersalah cakap , nasihatilah aku kerana aku bukan Nabi .

tiada yang sempurna di dunia ini melainkan NABI . tapi kenapa setiap kesalahanku selalu saja engkau ejek , caci dan maki ? tidak pernah engkau mahu nasihat ? sungguh aku pelik . aku tau aku bukan sahabat yang baik untukmu , tapi aku mohon supaya engkau dapat menegur atas setiap kesalahanku bukannya mencaci maki diriku .

mugkin kau lupa kita pernah menjadi sahabat , tapi aku tidak akan pernah lupa . setiap memori kita masih aku simpan di kotak fikiran ini . sejak aku mendapat _____________ kau sudah lain , atau mungkin aku yang lain ? atau aku hanya berperasaan negatif terhadap engkau teman ? sungguh aku benci bermain dengan perasaanmu .

andai kau baca nota ini , aku berharap engkau takkan berubah seperti dulu . jadilah dirimu dan jangan engkau berubah tanpa alasan . mungkin kau perlu masa MRS ________ tapi aku tetap berharap kau masih yang dulu . mungkin kau sendiri tak perasan dengan perubahan kau . tapi aku sangat berharap supaya engkau dapat menerima aku seadanya sebagai kawanmu ...

terimalah , nukilan ku ini ...

teman ,
terima kasih kerana DULU engkau sudi bersamaku ,
terima kasih kerana DULU engkau sudi menemaniku ,
waktu senang mahupun aku sedih ,
terima kasih atas segalanya .

kepada temanku , HAWA ...
terima kasih juga kerana sering memberi kata-kata semangat buatku ,
terima kasih kerana selalu menasihatiku ,
terima kasih kerana menjadikan aku insan yang sentiasa
berfikiran POSITIF ,
terima kasih .

sahabat ,
aku berharap engkau adalah engkau yang DULU ,
aku mahu engkau jadi yang sebenar ,
aku tidak mahu engkau yang sekarang !

mungkin aku hanyalah tempat pakai dan buangmu saja ,
tapi aku takkan pernah menganggapmu sebagai teman
PAKAI BUANGKU .

tolonglah ,
jadi diri awak sendiri ,
jangan jadi orang lain ,
saya cakap macam ni supaya awak mampu
untuk muhasabah diri awak .
terima kasih sekali lagi kerana mampu
menjadi kawan yang baik buat aku .

terima kasih :')
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh xD

1 comment:

Anonymous said...

sabar ya .. semua ada hikmah tu dik ye