skip to main |
skip to sidebar
Kawan atau Lawan ?
assalamualaikum , apa khabar semua bloggers n readers ? saadah harap korang semua sihat belaka , mudah-mudahan readers n blogger diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian Allah , insyaAllah .
bismillahirrahmanirrahim ,
niat saadah menulis hari ini bukan untuk mengaibkan sesiapa , tetapi ianya ikhlas dari hati ini untuk menasihatimu , sahabat . ingat ye kawan , saadah taknak nanti saadah dipersoalkan di akhirat kenapa saadah tak nasihat kamu semua ..
kawan atau lawan ?
sebenarnya , kawan ini bukan hanya untuk menemani kita tetapi kita harus ingat kawan yang sejati ialah mereka yang selalu ada di sisi kita waktu susah dan senang . dan harus diingatkan , persahabatan itu harus diniatkan kerana Allah , means bersahabat kerana Allah ... insyaAllah persahabatan itu akan diredhai Allah ... kadang-2 kita tak tau kawan yng rapat dengan kitalah orang yang membuka aib kita pada orang lain . itu lah sebabnya kita kena memilih kawan ! maksud saadah memilih kawan ni bukan memilih yang kaya atau apa , tapi kita berkawan untuk mengajaknya bersama ke syurga Allah ...
lebih baik kita berkawan dengan orang yang mengutuk kita depan-2 berbanding mengutuk kita di belakang kita . apa yang kita rasa bila kawan kita buat macam tu pada kita ? pasti perit bukan ? sangat susah untuk saadah terima semula persahabatan itu , tapi apa yang saadah mampu buat ? saadah hanya mampu berdoa supaya dia diberi hidayah untuk kembali ke jalanNYA .
saadah berharap kawan saadah sedar kewujudan saadah , saadah taknak apa2 pada dia . saadah hanya mahu dia yang lama . dia yang tidak riak ! dia yang tidak sombong ! dan dia yang peramah ! kembalilahh sahabatku , saadah dah lama tunggu awak ! saadah takut suatu hari nanti saadah pergi tanpa sempat mendakapmu dan meminta maaf kepadamu . turunkanlah egomu kerana pintu kemaafan sentiasa terbuka untukmu ...
ya Allah ,
maafkanlah aku andai aku ini lalai dalam urusan dunia ya Allah . maafkanlah aku kerana aku hanya mampu mengelak maksiat dari hati tanpa mampu menggunakan tangan dan lidah ya Allah . kerana aku takut untuk menyakiti perasaan sahabatku ya Allah . ya Allah , kau berikanlah aku kekuatan untuk aku cuba menasihati sahabatku dengan tangan mahupun lidah ya Allah . kerana sesungguhnya aku tahu bahawa nasihat dari hati adalah selemah-lemah iman .
andai mulut ini mampu berbicara dengan kata-kata yang halus ... akan ku menasihatimu teman , tapi ... apakan daya ? aku takut kata-kataku ini akan mengguris hatimu ... sedarlah teman bahawa aku sedia menerima kamu kembali , dan kembalilah ke jalan yang diredhai Allah ... ameen :)
No comments:
Post a Comment