Luahan Hati versi Kedua



hai korang , apa khabar ? sihat ? alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas didunia ini .... hari ni saadah nak meluahkan sesuatu yang saadah hadapi sendiri ! cerita ini benar terjadi pada diri saadah sendiri  .... saadah tak menipu kerana saadah tahu menipu itu adalah satu dosa ... 

pada hari isnin bersamaan  februari 2013 , saadah dekat sekolah time tu ... tak tau pukol berapa jam time tu , tak teringat pon nak tengok jam , sedang khusyuk saadah bersembang dengan kawan-2 plus baca buku , tiba-2 saadah nampak budak lelaki kelas saadah pas-2 kertas untuk ditandatangani ... saadah ingat itu surat untuk diorang punya kelab persatuan ke hape , rupa-2 nya surat tu ialah surat yang mana diorang tulis di atasnya , tajuk itu adalah "Saya Tak Suka Saadah" ... betapa pedihnya hati bila diorang buat mcm tu ... siap tampal kertas tu dekat papan kenyataan lagi .. saadah time tu naik angin dan secara tiba-2 saadah ke papan kenyataan tu untuk mencabut kertas yang diorang tampal tu tau ... saadah cabut then saadah cakap dekat diorang macam ni

" apa korang fikir diri korang tu dah sempurna sangat ke nak letak memo sampai nak tampal-2 dekta papan kenyatan ? apa korang fikir korang tu dah fikir diri korang bagus sangat ? kalau dah fikir diri korang bagus korang tak akan buatlah kerja bodoh ni , kalau tak suka terus terang aje lah cakap tak suka , tak payah nak tampal memo bagai " ... dalam keadaan yang menyerabutkan kepala otak tu , saadah koyakkan kertas tanpa melihat isi yang sebenar dalam kertas tu .. saadah terus aje buang kertas tu dalam tong sampah then saadah pergi tempat duduk saadah sambil menangis , then saadah cakap kuat-2 "aku doakan korang gagal dan aku tak halalkan apa yang aku dah bagi dekat korang" saadah pon tak tau syaitan amne yang merasuk saadah cakap macam tu ... 

lepas saadah dah tenangkan diri , kawan-2 datang tempat saadah sambil cakap "sabar ye saadah" .. lepas saadah fikir balik apa yang saadah dah cakap dekat diorang saadah terus beristighfar banyak kali , to all my friends ... saadah tak kesah apa yang korang nak cakap nak maki dekat saadah .. tapi  kalau saadah dah tak ada dalam dunia ni tanpa korang sempat minta maaf dekat saadah nanti , jangan salahkan saadah lah ye :)

dekat bawah ni saadah nak sediakan satu warkah , korang fikirlah baik-2 apa yang korang dah cakap saadah , dan jangan lah korang segan nak minta maaf dekat saadah sebab saadah tak makan orang , saadah suka memaafkan orang .... fikirlah baik-2 , fikirlah masak-2 apa yang korang dah cakap tu , korang tak boleh nak ulang balik tragedi tu ye ...

assalamualaikum kawan-2 :)
kalau tak suka tak payah nak tampal memo kata "saya tak suka saadah" lah , tak payah dan tak perlulah ye sampai nak minta tandatngan najib dan rosmah ye ... siap ada tandatangan menteri besar bagai ye ... saadah terima perkara itu dengan hati yang rela ... dan Alhamdulillah lah saadah nak ucap .. sebab apa ? sebab korang dah sedarkan diri saadah daripada mimpi saadah selama ini ... saadah tak pernah nak cakap apa dekat korang , tak pernah nak buat macam tu semua dan tak pernah terfikir nak buat kerja "PANDAI" macam tu , tolong kawan ... kalau awak tak suka saya , awak cakap dekat saya ye ... tak perlulah nak minta tandatangan dekat PM dengan isteri PM ... penat kot nak jumpa PM jaoh tu ... tak penat ke ? hmm , selama ni saadah dah cukup sabar dah cukup matang dengan perangai korang , tapi saadah tak sangka korang buat macam ni , perangai korang ni menunjukkan yang korang ni betul-2 macam budak , macam orang yang tak berpendidikan*oopppss , maaf lah bahasa kurang sopan cket* ... tapi lepasni kalau korang buat macam tu lagi , saadah tak akan teragak-agak untuk melaporkan perkara ni kat pihak atasan ye :) terima kasih kawan-2 ..


Orang kutuk. Orang hina. Orang judge. Orang maki kita. 
Diamkan je. Nanti kalau dia penat. Dia akan bosan. 
Bila bosan dia diam :)

Assalamualaikum , dan sekian terima kasih :)

1 comment:

miss anis said...

setuju sangat . kita biarkan diorang yg bercakap . lama -2 diam lah nt . klau dilayan mnusia mcm tu smpai sudah tak habis :) sabar k .