skip to main |
skip to sidebar
Cerpen : Kepergian Sahabat Sejati :'(
hai korang , sempena cuti sekolah ni .. saadah ada buat satu cerpen tau , tklah best sangat mcm orang lain buat ... kita dapat ilham lepas kita tengok kak nil buat cerpen kat blog dia .. best lah jgak ~ saadah tulis cerpen ni sekadar suka-2 n nak mintk pendapat dari korang , pendapat tntang bahasa yang saadah gunakan dalam cerpen , pendapat tntg jalan cerita nye , n bagilah apa2 pendapat pasal cerpen ni sama ada BEST ke TAK ! jangan komen negatif tau , kalau tk suka ckp aje apa yng korang dalam cerpen ni ye :) bahasa yang saadah gunakan ni pakai bahasa shortform tau :) hehe , let's enjoy the cerpen !
ku titipkan sebuah suratan , untukmu wahai sahabat-2 ku .
maafkan aku jika berita ini mengejutkan kalian semua . andai kalian ingin marah kepadaku , marahlah , tapi aku minta . tolong jangan benci aku :'( sebelum itu aku ingin meminta maaf jika aku terlambat memberitahu kalian tentang berita ini , aku harap kalian akan sentiasa mendoakan agar kesihatanku akan terjaga :') terima kasih kerana kalian senantiasa mengambil berat terhadap kesihatanku selama ini ..
segala perit yang aku lalui selama ini adalah kerana aku menghidap kanser otak tahap keempat , dan aku sedang melalui hari-hari terakhirku ! mungkin ianya ialah hari-hari terakhirku , tapi aku yakin yang kalian semua pasti akan memarahi aku kerana tidak memberitahu kalian .. aku tidak mahu kalian semua susahkan diri kalian untuk menjagaku , aku tidak mahu kalian semua penat melayan kerenah ku ini ~ aku tidak mahu kalian semua sedih di atas kesihatan aku yang merundum sekarang !
tapi kalian jangan risau , hari-2 terakhirku ini akan ku habiskan dengan menulis surat buat kalian semua . kesakitanku ini biar aku seorang saja yang tanggung :) aku tidak mahu menyusahkan kalian menemani aku disini , aku hanya ingin kalian doakan supaya aku ditempatkan di kalangan orang yang soleh :) insyaALLAH :')
selasai menulis surat itu , aimi mengambilnya lalu melipat dan memasukkanya ke dalam sampul yang berwarna coklat , segala isi hatinya telah pun tertulis di dalamnya .. kini , dia merasakan , nafasnya mulai turun naik turun naik .. dirinya seakan dapat merasakan yang dia akan dijemput sebentar lagi , perlahan-lahan bibirnya mengucapkan dua kalimah syahadah . dan ........ gelaplah dunianya :')
kedengaran suara membacakan yasin di halaman rumah aimi ... segalanya telah berakhir , kini aimi telah menghadap ILLAHI ... kawan-kawan lain yang menziarahi jenazah aimi agak terkejut dengan berita yang disampaikan oleh keluarga aimi kepada mereka .. adik angkat aimi agak terkedu dengan berita itu , dia langsung tidak mengetahui apa-apa tentang keadaan aimi yang disangkakn sihat kerana aimi sentiasa kelihatan sihat dan senyum apabila berdepan dengan sesiapa sahaja
surat yang ditulis oleh aimi ketika di hospital telah diserahkan oleh doktor kepada ibu aimi , ibu aimi memberikan suratnya kepada kawan-kawannya .. sara , najihah , ain dan kawan yang lain berlinang airmata setelah selesai membaca surat itu ... betapa sedihnya mereka apabila kawan yang disayangi pergi tanpa diduga ..
izatie , adik angkat kepada aimi berbual dengan kawan rapat aimi iaitu najihah ..
"kak najihah , kenapa kak aimi pergi ? kenapa ? dia tak pernah bagitahu kita pun tentang penyakit yang dia ada, kenapa dia tak pernah nak bagitau ?" kata izatie dalam nada sedih ..
"akak pun tak tahu yang dia ada kanser ni adik , akak pun terkilan tentang berita pemergian yang akak tak pernah sangka akan terjadi , ALLAH lebih sayangkan dia dik .. relakan kepergiannya dik" jawab najihah
"kita tak boleh kak , kita tak boleh nak relakan kepergian kak aimi sebab kita tak sempat nak mintak maaf dengan kak aimi ... sampai hati kak aimi tinggalkan kita kak" tersedu-sedan izatie sambil dipeluk erat oleh sahabat baiknya , rabiatul ...
"adik tak boleh cakap macam tu , adik kene faham keadaan kak aimi yang menderita sakit tu ... biarkan dia pergi daripada adik tengok dia menderita sakit ... ALLAH lebih sayangkan dia berbanding adik sayangkan kak aimi " jawab najihah dengan airmata yang masih berlinang di pipinya
"terima kasih atas nasihat tu kak , saya cuba untuk merelakan kepergian kak aimi " jawab izatie
setelah beberapa jam , jenazah aimi dikafankan , disolatkan dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan ... ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama mengAMINkan bacaan doa dari ustaz yang dipanggil untuk mengendalikan pengebumian itu ..
pada waktu malam , majlis tahlil telah diadakn ... sahabat handai , jiran tetangga telah dijemput untuk bersama-sama mendoakan kebahagiaan aimi di akhirat sana :) suasana menjadi hening saat bacaan yasin dimulakan , setelah habis bacaan yasin ... datang dua orang lelaki ditemani seorang perempuan , cik ayu ibu kepada aimi mendekati mereka bertiga
"makcik , ini rumah aimi ke ?" tanya salah seorang pemuda yang berbaju melayu putih
"ye , ni rumah ARWAH aimi .. kenapa ye ? anak bertiga ni siapa ? kawan aimi ke ?" tanya cik ayu
tidak sempat mereka bertiga menjawab pertanyaan cik ayu , najihah , izatie dan ain turun melihat siapakah yang datang itu ..
"ohh , korang rupanya ... kenapa datang tak bagitahu ? makcik , perkenalkan ... yang baju putih ni azim , yang baju melayu merah ni fahmi ... and yang perempuan comel ni yana , diorang ni kawan aimi jugak makcik" kata najihah panjang menjelaskan kepada cik ayu ..
"ohh , makcik ingatkan siapa tadi ... marilah masuk , kamu terlambat kalau kamu nak tengok arwah aimi , dia dah dikebumikan siang tadi" kata cik ayu dengan suara yang sebak
"tak mengapa lah makcik , kami ingat datang ni pun nak datang majlis tahlil ... rupanya kami terlambat " kata yana
"marilah , jemput masuk kerumah makcik ... buat macam rumah sendiri ye , mari semua" kata cik ayu kepada kawan-kawan aimi
mereka semua masuk semula ke dalam , tiba-2 azim berbisik kepada najihah "tunggu sini , jangan masuk dulu ... aku nak penjelasan"
setelah yang lain masuk ke rumah , najihah dan azim berbual di luar
"kenapa kau tak bagitahu aku awal-2 aimi dah meninggal ? sampai hati kau taknak bagitahu aku ye ? aku ni siapa ? aku kawan dia juga kau tau ? aku sayangkan aimi !" marah azim kepada najihah
"tolong jangan salahkan aku , aku pun tak tahu apa-apa tentang ni semua .. aku pon dapat berita pagi tadi dan aku tak sempat nak bagitahu kat semua kawan-kawan , aku sibuk uruskan hal aimi , tolong jangan salahkan aku" jelas najihah kepada azim
"tapi kenapa engkau tak bagitau aku ? kenapa orang lain kau bgtau sedangkan aku , aku kawan dengan aimi dari kecik lagi tapi kau tak pernah nak bgtau aku ? kenapa ? " kata azim yang kelihatan sangat sedih dengan pemergian aimi
"maafkan aku azim,aku betul-betul terlupa ... aku ingtkan ada kawan lain yang memberitahu engkau tentang berita kepergian aimi ... aku betul-betul minta maaf azim , tapi tolong jangan salahkan aku ... aku tau kau sayang sangat dekat aimi , tapi kau tak boleh buat apa-apa dah .. aimi dah pergi tinggalkan kita semua !!" kata gieha dengan airmata yang berlinang
"sampai hati kau gieha buat aku macam ni , dulu aku cukup mnderita bila aimi dengan tiba-2 tinggalkan ak tnpa khabar berita , tahu-2 aimi dah pergi tinggalkan ak ... kenapa semua jd mcm ni ? kenapa gieha , tolong jelaskan kat ak ..." azim masih belum menerima hakikat bahawa aimi telah pergi meninggalkannya
"macam ni lah , azim ... aku pun tak tahu cerita sebenar , melalui surat yang ibu aimi kirimkan pada aku ... apa yang aku tahu , aimi menghidap kanser tahap keempat.. dia dengan diam-diam membuat kimoterapi tanpa pengetahuan sesiapa pun melainkan keluarganya .. kalau kau nak tahu dia menderita kanser ni dah 3 tahun .. kita saja yang tidak tahu .. setahu aku , aimi pon ade titipkan surat untuk kau , surat tu ada pada aku ... kau tunggu sini kejap , biar aku ambil surat tu dalam bilik kejap ye" kata gieha lagi
dalam beberapa minit , gieha keluar dengan surat yang berada dalam genggaman tangannya ... gieha berkata kepada azim bahawa surat itu telah ditulis beberapa hari yang lepas sebelum aimi pergi menyambut seruan ILLAHI .. gieha menyerahkan surat tersebut kepada azim ..
"terima kasih" ucap azim sambil menyeka airmata yang jatuh berderai dipipinya ...
dibuka perlahan-lahan surat itu oleh azim , dia rasa tidak sanggup untuk membaca surat itu tetapi dikuatkan juga hatinya untuk membacanya ...
kepada : azim ...
azim , saya minta maaf dengan awak .. saya yakin awak mesti marah sebab saya tak bagitau awak tentang penyakit saya kan ? saya minta maaf sebab saya tak dapat nak bagitau awak sebab saya taknak awak menangis tengok penderitaan saya melawan penyakit ni , saya tak sanggup tengok kawan-kawan yang lain sedih dengan keadaan saya , so ... saya buat keputusan untuk tak memberitahu sesiapa pun kawan saya tentang penyakit ni ... dan , saya nak cakap terima kasih sebab awak selalu buat saya happy , funny dan awaklah yang selalu ada waktu saya sedih dulu , saya masih ingat kenangan manis ketika saya dan awak bercuti di pulau pangkor dulu , itulah kenangan yang saya takkan lupa kawan ! kaulah sahabat dunia akhirat , saya minta supaya awak maafkan saya kalau saya dulu suka kacau awak , baling awak dengan tepung dan sebagainya lah ye ... saya harap awak doakan saya supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh ye ... jangan lupa jaga kesihatan awak , jaga makan minum awak ... awak dah besar pandai-pandai lah bawak diri ye ... lagi satu , saya nak cakap ... awaklah segala-galanya dalam hidup saya , terima kasih sekali lagi kerana dah menjadi sebahagian dari hidup saya :) sedarlah kawan , bahawa aku sangat menyayangimu .. jasamu tidak akan pernah aku lupakan .. maafkan aku jika aku pernah menyinggung perasaanmu .. surat ini , aku titipkan buat mu untuk kenangan kita bersama , gambar kita berdua ada dalam sampul ini , aku ingin engkau cari pengganti yang lain .. tolong jangan sedih atas kepergianku ini teman ...
daripada:aimi
menitis airmata azim setelah selesai membaca surat itu , segalanya sudah berakhir ... aimi telahpun meninggalkan dia dan kawan-kawan yang lain ... hatinya sebak dan masih belum dapat terima lagi kepergian aimi dari hidupnya kerana , dia telahpun berbincang dengan keluarganya untuk meminang aimi tetapi .... segalanya hancur musnah , dia terlambat ! harapannya untuk menjadikan aimi sebagai suri di hatinya telah musnah ! tidak tertahan airmata azim membaca surat itu ... kawan-kawan yang lain sedari tadi menyaksikan perbualan gieha dan azim terus keluar untuk mendapatkan mereka ... fahmi terus memegang erat azim lalu azim menggenggam erat cincin yang berada di tangannya ... kawan-kawan yang lain turut sedih melihat azim yang kelihatan sedih dengan kepergian aimi .... dirinya seakan-akan merasa pedih saat ditinggalkan kekasihnya ~~
SEKIAN
terima kasih kerana sudi membaca cerpen ini ... sila tinggalkan komen anda disini ye :)
jasa baik anda akan saya kenang :)
ASSALAMUALAIKUM :')
17 comments:
sedih :(
menarik gak cerita dengan premise surat ni.. tapi kan macam better je kalau kenser to stage 4 or lima sebab selalunya kanser stage 3 boleh rawat lagi.. *meraapu pulak* and satu lagi,
"izatie , adik angkat kepada aimi berbual dengan kawan rapat syada iaitu najihah .."
Syada tu sapa ekk? syada=aimi ke? -.-
ohh , maaf syada tu aimi ... saya dh tkarkn :) nnti saya cuba perbaiki lagi ye ... terima kasih
wahh . adik ke tulis . i cant believe it . memang tebaik . ala tape teruskan . kdg2 komen org yg buat kta skit hti tulahh buat kita lbh semngt . bg akak smua ok jeww . terbaik gila idea mmg bestt . akk ponn OUHHHH Gitu ehheik . bestt !! tengs sbb dpt ilham dr akak . pleasure .. alah yg salah skit2 tu boleh baiki lg . adik , kalau boleh .. adik edit tulisan bg full akak nk pomote cerpen ni .. THEN jangan lupa dapatkan majalah YESS . 19 april . cerpen akk d stu !! tengss
tengs kak NIL , nnti saya edit full pye tulisan ek :) thanks sesangat :')
wahh sedih citer ni . sobbss :(
jom join sini , boleh menang hadiah peplum lace, warna boleh pilih sendiri nnt k.semua yg join akn difollow balik dan akan disenaraikan dalam bloglist sy , 5 yg bertuah akan di review blognya . jom join cepat sebelum tarikh tutup !! rules paling simple tak perlu tag siapa2 pon! :D
http://lieyanaahmad.blogspot.com/2013/02/bloglist-review-and-giveaway-by-lieyana.html
sebaknya :'(
best gila .
klo buat novel saya akan beli..
thanks zuhri , dalam perjalanan nk bwat novel :) nntikan ye :)
Jalan cerita yang menarik... So adik, boleh jadikan salah satu bab dalam novel... :)
All the best... Moga Allah permudahkan urusan adik :)
CERPEN YANG BAIK UNTUK PERMULAAN MENULIS. SAYA PUN TAK BOLEH BAYANGKAN JIKA ADA KAWAN RAPAT SAYA YANG PERGI DENGAN TIBA-TIBA.
BTW KALAU BERMINAT JADI PENULIS, SAADAH CUBALAH MENULIS CERPEN YANG LEBIH PANJANG DAN JALAN CERITA YANG TERATUR. SHORTFORM DIKETEPIKAN. MANA TAHU SATU HARI SAADAH BOLEH KELUARKAN BUKU SAADAH SENDIRI.
OHYA, SAYA DATANG DARI GA FATIN N SAADAH TU :)
akk pon suka menulis..cerita awak best teringat zaman sekolh :)
keep it up friend..=)
pengisian bagus. cuma, penutup tu mcm tergantung. penutup pun perlu isi yang padat.
sedih tapi best! ^^
best :) + best
keep it up :)
cerpen ni .
sangat menyentuh hati
:(
Post a Comment