Luahan Hati Seorang Teman


hai korang , ape khabar ? sihat ? alhamdulillah , hari ni saadah sihat dan masih diberi peluang untuk hidup , amiin ... hari ni saadah nak cerita something yang benar berlaku pada diri saadah yang mana kawan saadah menceritakan luahan hatinya kepada saadah , dia merasakan yang saada ni layak menjadi seorang pendengar yang setia :)

pada suatu hari nani berjumpa dengan saya , dia cerita yang kawan dia ain*bkan nama sebenar* dan aminah*bkan nama sebenar* selalu aje berkongsi rahsia tanpa menceritakan kepadanya ... nani merasakan dirinya seperti tidak bermakna sebagai kawan mereka . ini kerana dia merasakan yang dirinya seperti sahabat yang tak layak untuk mendengar luahan / rahsia kawannya nya itu ..

walaupun dia tahu tugasnya sebagai seorang sahabat ialah untuk mendengar dan memberi nasiahat supaya kawannya itu kuat untuk menghadapi ujian hidup .. namun dia merasakan yang dirinya seolah-2 tidak layak untuk menjadi kawan mereka ...

nani kadangkala terasa hati apabila mereka berbisik-2 tanpa memberitahunya , tetapi ini semua bagaikan petir yang lalu begitu sahaja . dia bagaikan tidak hairan lagi dengan semua itu ... dirinya bagaikan sudah lali dengan keadaan yang begitu .. kadangkala saadah menenangkannya dan memberitahunya mungkin perkara yang mereka ceritakan itu sangat penting dan itualh sebabnya mereka tidak memeberitahu nani , saya berkata padanya yang saya juga pernah merasakan apa yang nani rasakan tapi saya jadikannya sebagai satu tongkat untuk saya menjadi seorang yang lebih tabah , sabar dan kuat menghadapi ujian ini ...

jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga , jangan disebabkan perkara yang kecil ini , persahabatan anatara nani dan kawan-2 musnah , biarkan lah apa yang mereka nak katakan itu tapi suatu hari nanti mungkin kitalah yang mereka cari untuk mendengar luahan hati mereka ..

wahai teman ,
bersabarlah jika engkau ingin menjadi seorang pendengar yang  setia . kerana jika ingin menjadi teman yang setia kita pasti diuji dengan pelbagai dugaan . Allah tidak akan memberi sesuatu masalah kepada kepada hambanya jika hambanya tidak mampu menghadapinya .. Allah Maha Mengetahui sekuat dan sesabar manakah kita ... jadi , jika engkau tidak tahan dengan mereka , banyakkan bersabar dan luahkanlah segalanya kepada Allah , kerana itulah jalan yang sangat terbaik :)

mungkin suatu hari nanti akan terjadi satu keajaiban yang mana mereka memerlukan bantuanmu untuk menjadi pendengar mereka .. jangan engaku berputus asa untuk menjadi kawan mereka , jadilah kawan mereka hingga hujung nyawa ... setiamu itu haruslah hingga hujung nyawa :)




you are so special ,
there is nothing better than
having you as my friends ,
to share each day with !
Thanks you for making
my day brighter :)

3 comments:

Mieszlolita said...

sy pun pnah alami keadaan sdemikian..

birthday party said...

nice post :D salam kenal yaaa

birthday party said...

nice post :D salam kenal yaaaa