Ilham Yang Mendatang



hai korang , ape khabar ? sihat ? saadah harap korang sihat selalu .. saadah sebenarnye baru lepas tengok cerita juvana . tiba-2 ilham plak datang nak tulis . sebenarnye ilham ni datang tanpan kita duga tau .. kita tak boleh nak paksa benda tu datang . tapi dia akan datang dengan sendiri .. melalui cerita juvana yang mengisahkan tentang budak-2 juvana dari sekolah wira bakti ...

diorang ni dipindahkan ke sekolah indera sakti sebab sekolah wira bakti ni dah tutup .. sekolah ni terpaksa ditutup kerana berlakunya pecah amanah antra warden dekat situ . ingat lagi cerita juvana yang ditayangkan kat tv3 ??? kalau korang tengok cerita tu korang boleh tengok sambungannya melalui filem juvana  ni . 

saadah tak boleh nak cerita banyak pasal cerita ni . korang tengok lah sendiri kat youtube ade . tapi , saadah tak tengok kat youtube saadah tengok kat video yang ade kat pendrive abang saadah , abang saadah yang download filem ni kat internet . saadah tak tahu plak laman web nye . lepas ni saadah nak tengok cerita wawa semput plak ye , yang nak join tengok tu mehh datang rumah saadah . tapi bila korang tengok cerita juvana ni kan korang akan dapat banyak pengajaran kat filem ni .

banyak lagi sebenarnye benda yang korang tak belajar kat dunia ni , so korang kene berusaha untuk belajar dari hari-2 sebelum ni ... setiap manusia tu pernah melakukan kesalahan . saadah pon pernah melakukan kesalahan , banyak sangat kesalahan yang saadah pernah buat sebelum ni . tapi , saadah belajar untuk memperbetulkan semula kesalahan yang saadah lakukan . saadah ambil pengajaran dan iktibar untuk dijadikan kekuatan buat diri saadah .

kayh , saadah update entry ni bkan untuk mengajar korang tentang erti kehidupan dan sebagainya tapi saadah buat entry ni sekadar untuk berkongsi info dan sekadar untuk pendangan korang semua . kalau saadah ada buat salah tu saadah nak minta maaf lah ye .. kita perlu belajar untuk memaafkan dan meminta maaf :)

saadah nak cakap kat dalam dunia kita mesti ada sahabat bukan ? teman ? kawan ? keluarga ? saadah ada semua , saadah bersyukur saadah ada diorang .. tapi , saadah tak tahu kenapa saadah merasakan yang hidup saadah ni seperti perlu menjadi seorang pendengar yang setia buat mendengar segala luahan hati diorang .. kadang-2 saadah ni rasa dipinggirkan kerana kadangkala diorang ni macam dah tak percayakan saadah . segala apa yang diorang cerita kat kawan-2 saadah , saadah tak pernah tahu dan saadah ni dikategorikan sebagai orang yang ketinggalan zaman :(

saadah sedar siapa saadah , tapi orang selalu kata kita ni tak boleh membandingkan diri kita dengan orang lain ... tetapi kadang-2 itulah cara mereka apabila bergaul dengan saadah . bile saadah nak cerita diorang ni macam menghalang apa yang saadah nak cerita .. tapi saadah tahu kenapa diorang buat macam tu kat saadah , sedih dan kecewa itu pasti ada dalam diri ini .... tapi kita nak buat macam mana lagi kan , dah orang pon tak suka dengan kita ....

teman , dengarkanlah ....
setiap cerita , setiap kisah yang ingin aku ceritakan itu bukanlan cerita yang tidak berguna tetapi cerita itu adalah untuk menghiburkan kalian semua .. saadah sedar yang saadah bkan ahli raja lawak , saadah bkan pelawak .. tapi tugas seorang kawan adalah untuk menghiburkan kawan-2 nya yang lain ... kita juga perlu tahu yang setiap cerita , setiap kisah itu lain-2 jalan ceritanya dan lain kisahnya , tidak sama seperti apa yang aku nak ceritakan ..

wahai teman ,
amatilah bahawah aku sangat menyayangi diri kalian semua , teringin sekali aku ingin mengetahui apa khabarkah kalian semua . ayat-2 skema yang saadah tulis ni bkan nak tnjuk yang saadah kelas sastera atau lain-2 , tapi sedarlah wahai teman yang aku hanya ingin meluahkan segala apa yang terbuku dalam hatiku ini .. aku ingin memohon maaf jika aku banyak membuat kesilapan dengan kalian semua ...

terlalu banyak cerita yang saadah pendam yang saadah simpan dan saadah masih blom ceritakan kat siapa-2 pon , sebab apa ??? sebab saadah taknak nanti kawan-2 saadah rasa terbeban dengan apa yang saadah nak cerita , lagipon korang pon bkan nak dgar apa yang saadah ceritakan . blog lah yang jadi tempat luahan perasaan saadah yang kedua .. Allah yang dengar segala luahan hati saadah .

kadang-2 saadah fikir kenapa saadah ni dipinggirkan ? adakah sebab saadah ialah seorang kawan yang tidak pandai ? saadah harap korang tak memilih dari segi pandai atau kurang pandainya saadah .. saadah ni insan yang lemah , jadi bimbinglah diri saadah untuk menuju jalan-NYA yang lurus ...



wahai teman , aku ingin meminta maaf jika aku banyak berbuat kesalahan terhadap dirimu ... maafkanlah temanmu ini :)


senyumlah walaupun kita disakiti  ,
kerana dengan senyuman itulah ,
mereka akan merasakan kebahagiaan 
dan penderitaan kita :)

 buat kawan , ahli keluarga semua ...
akhir kata , maafkanlah saadah dan assalamualaikum :')