Sedih :'(




bismillahirrahmanirrahim ,
ya Allah , aku sedar aku terlalu banyak berbuat kesalahan kepadamu .. dosa kepada kedua ibu bapaku . sempatkanlah aku untuk bersama yang tersayang sebelum aku pergi meninggalkan bumi ini ...

malam yang sepi ,
hujan membasahi bumi , perasaan apakah ini ? kenapa telalu susah untuk membuang perasaan rindu dalam hati ini ? kenapa Allah turunkan rasa rindu itu kepada kita umatNYA ? kerana Allah sedang merindukann kita yang lalai dengan urusan duniawi*mungkin* ... 

kadangkala saadah terfikir , kenapa ye Allah berikan kita kesedihan dan pada masa yang sama , ALLAH datangkan seseorang untuk mengubati kesedihan kita tu ? ini jawapannya , Allah sentiasa bersama hambaNYA yang sabar , Allah ingin kita selalu berada dekat dengannyaa , jadi Allah berikan kita ujian @ dugaan yang setaraf dengan kemampuan kita . bila kita tabah menghadapi segalanya , maka kita berjaya menangani ujian itu ..

janganlah sesekalipunn mengeluh bilamana Allah menurunkan ujian untuk kita kerana Allah sayangkan kita lah Allah bagi kita ujian . cuba kalau Allah tak bagi kita ujian .. apa jadi pada kita ? kita akan jadi orang yang riak , sombong dan takbur . and apa jadi pada kita bila kita diberikan ujian ? kita mesti berusaha untuk menghadapii ujian tu kan ? itu maknanya Allah nak mendidik kita supaya berdikari . dan janganlah sesekalipun menyekutukan Allah .

redha Allah terletak pada amal ibadat kita , tidak lupa juga redha ibu bapa dan redha orang sekeliling kita . jika kita nakkan suatu kejayaan kita kena minta keredhaan dari semua orang , paling penting usaha dan tawakkal bersama . jangan lupa istiqamah sekali yee *macamlaritopikjeee*

act , malam ni saadah sedih sebabkan terlalu rindukan seseorangg , entah kenapa saadah rasa perasaan tu macam terlalu mendalam .. terlalu dekat ~ rindu juga satu ujian yang Allah berikan kepada kita . semoga kita dapat melalui segalanya dengan tabah dan sabar :) keep my update kayh ?? Assalamualaikum ...

rindu itu adalah anugerah dari Allah , insan yang berhati nurani punyai rasa rinduuu ...
rindu itu ujian yang mana Allah merindukan segala ibadah kita , jadi jangan lalai :)

Kawan atau Lawan ?


assalamualaikum , apa khabar semua bloggers n readers ? saadah harap korang semua sihat belaka , mudah-mudahan readers n blogger diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian Allah , insyaAllah .

bismillahirrahmanirrahim ,
niat saadah menulis hari ini bukan untuk mengaibkan sesiapa , tetapi ianya ikhlas dari hati ini untuk menasihatimu , sahabat . ingat ye kawan , saadah taknak nanti saadah dipersoalkan di akhirat kenapa saadah tak nasihat kamu semua .. 

kawan atau lawan ?
sebenarnya , kawan ini bukan hanya untuk menemani kita tetapi kita harus ingat kawan yang sejati ialah mereka yang selalu ada di sisi kita waktu susah dan senang . dan harus diingatkan , persahabatan itu harus diniatkan kerana Allah , means bersahabat kerana Allah ... insyaAllah persahabatan itu akan diredhai Allah ... kadang-2 kita tak tau kawan yng rapat dengan kitalah orang yang membuka aib kita pada orang lain . itu lah sebabnya kita kena memilih kawan ! maksud saadah memilih kawan ni bukan memilih yang kaya atau apa , tapi kita berkawan untuk mengajaknya bersama ke syurga Allah ...

lebih baik kita berkawan dengan orang yang mengutuk kita depan-2 berbanding mengutuk kita di belakang kita . apa yang kita rasa bila kawan kita buat macam tu pada kita ? pasti perit bukan ? sangat susah untuk saadah terima semula persahabatan itu , tapi apa yang saadah mampu buat ? saadah hanya mampu berdoa supaya dia diberi hidayah untuk kembali ke jalanNYA . 

saadah berharap kawan saadah sedar kewujudan saadah , saadah taknak apa2 pada dia . saadah hanya mahu dia yang lama . dia yang tidak riak ! dia yang tidak sombong ! dan dia yang peramah ! kembalilahh sahabatku , saadah dah lama tunggu awak ! saadah takut suatu hari nanti saadah pergi tanpa sempat mendakapmu dan meminta maaf kepadamu . turunkanlah egomu kerana pintu kemaafan sentiasa terbuka untukmu ...

ya Allah ,
maafkanlah aku andai aku ini lalai dalam urusan dunia ya Allah . maafkanlah aku kerana aku hanya mampu mengelak maksiat dari hati tanpa mampu menggunakan tangan dan lidah ya Allah . kerana aku takut untuk menyakiti perasaan sahabatku ya Allah . ya Allah , kau berikanlah aku kekuatan untuk aku cuba menasihati sahabatku dengan tangan mahupun lidah ya Allah . kerana sesungguhnya aku tahu bahawa nasihat dari hati adalah selemah-lemah iman .

andai mulut ini mampu berbicara dengan kata-kata yang halus ... akan ku menasihatimu teman , tapi ... apakan daya ? aku takut kata-kataku ini akan mengguris hatimu ... sedarlah teman bahawa aku sedia menerima kamu kembali , dan kembalilah ke jalan yang diredhai Allah ... ameen :)