jangan tegur isteri depan anak-anak

kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun
 mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!


kata-kata indah


Sahabat itu umpama bintang yang dikurniakan oleh allah
untuk menyerikan hidup kite sewaktu senang dan susah 
..............................

Kamu tidak akan dapat menerima dan menyanyangi orang lain 
jika kamu tidak mampu menerima dan menyayangi dirimu sendiri 
................................

Senyumlah walau dilukai dan dilupai kerana senyuman itu
tanda kekuatan dan pengubat kesakitan di hati
.................................



Cinta bukan bererti mencintai seseorang yang sempurna
tetapi bagaimana mencintai seseorang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna
......................................

daripda meluah masalah kepada orang yang kita tak percaya
atau tak,lebih baek luahkannya pada ALLAH dengan doa,
sesungguhnya Dia Maha Mendengar  pasti tak akan sia-sia
.........................................


Kadang-kadang ALLAh hilang sekejap matahari,
kemudian Dia datangkan guruh dan kilat,
puas kita mencari matahari,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan  kita pelangi
.......................................


Kita tak mampu halang rasa cinta,
tapi kita mampu halang diri kita dari jatuh cinta,
biarlah kite kecewa kerana menolaknya,asalkan tak kecewa
ditolak olehnya
..............................................


Aku tak pinta membalas cinta ini,
cuma aku mohon darimu tataplah mataku buat kali terakhir biarpun sesaat,
dan aku akan pergi jauh darimu
...............................................