Azam Baru ?


assalamualaikum dan hai . apa khabar semua ? lamanya tak update blog , lupa je nak update . ye lah , tahun ni dah form 5 kenalah study . jangan ingat asyik nak online jeee . sampai ke sudah kerja sekolah tak siap ye ? saadah harap korang semua sihat dan sentiasa gembira .

ok lah , nak cerita pasal azam baru . memandangkan kita dah masuk tahun yang tak berapa nak baru ni *ketinggalan* , semua orang pasti ada azam , niat nak berhijrah atau whatever lah perancangan yang dah dibuat kan ? ingatlah sebenarnya kita hanyalah merancang , Allah yang menentukan segala perancangan kita tu jadi atau tak . janganlah bila perancangan kita gagal , kita merungut dan putus asa . Allah tak suka dengan orang yang berputus asa .

act , sebenarnya azam saadah tahun ni nak belajar elok2 . tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran dan dengar baik2 bila cikgu tengah mengajar . taknak tidur dalam kelas , nak jadi mulslimat yang solehah , nak jadi anak yang berbakti kpd kedua ibubapa dan nak berhijrah kearah yang lebih baik . faham tak maksud saadah bila kata nak berhijrah ? maksud saadah ialah saadah nak tingkatkan lagi amalan2 sunat , nak tingkatkn kesabaran dan kurangkan kemarahan . mungkin saadah boleh cuba sedikit demi sedikit , insyaAllah :)

ok , saadah berharap semua azam saadah menjadi . disebabkan tahun ni saadah nak ambil peperiksaan penting , saadah harap korang readers n bloggers doakan supaya saadah mampu dapatkan 10A+ , semoga semuanya berjalan dengan lancar .

ya Allah , kau permudahkanlah hambaMu ini untuk belajar .
berikanlah ketenangan buatnya saat dia sedang dalam
kekeliruan .
semoga engkau mengkabulkan doa hambaMu ini ,
Amiin :) 

Kerja



assalamualaikum :) hai bloggers n readers , lamanya tak update blog . sekian lama lupa pula dengan blog . lagipun duduk rumah cuti ni macam tak tahu nak buat apa , bosan plak tu . duk umah kerjanya jaga anak buah ku yang chumelll . Alhamdulillah , anak buah dah 4 bulan . sekejap je besar , insyaAllah tahun depan dapat kakak ipar baru . 

ok , then tengok tajuk kat atas . kerja ? kerja apa ? saadah hari khamis ni nak join catering dekat masjid negeri shah alam . serve makan untuk 300 orang , lama dah tak ikut catering ni , tahun depan dah form 5 tak boleh nak ikut catering selalu kan ? periksa je banyak , kerja kursus tak terurus lagi , huh !

hidup jangan mengeluh , takut nanti ALLAH tarik balik semua rezeki yang dah diberi . hmm , sekarang ni duduk rumah makan tidur je lah kejenye , jaga anak buah selasa sampai khamis je , tak hari-hari . 

btw , akhir-akhir ni rasa macam penat n pening sangat . tak tahu kenapa , ok lahhh . sampai sini saja update untuk hari ni , the other days saadah update lagi ye :)

mutiara kata : senyumlah walau pelbagai dugaan yang datang menimpa , sesungguhnya Allah sedang menguji keimanan kita samaada kita bersyukur atau tidak dengan setiap pemberiannya .